Rajayoga Power Trranscendental Mediation Society Anjur Hari Kesedaran Kanser 2024 di Dewan MPK, Klang

  • October 7, 2024
  • 3 min read
Rajayoga Power Trranscendental Mediation Society Anjur Hari Kesedaran Kanser 2024 di Dewan MPK, Klang

KLANG, 6 Oktober 2024 – RAJAYOGA POWER TRRANSCENDENTAL MEDITATION SOCIETY (RPT) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan pada tahun 1996 oleh YBhg, Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan dan YBhg, Datin Sri Sundari Balakrishnan.

Pengasas RPT
Bulan Oktober adalah bulan kanser payudara

RPT telah menjalankan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat secara percuma bagi segenap lapisan masyarakat di Malaysia sejak tahun 2007 di bawah naungan YBhg, Datin Sri Sundari Balakrishnan, sejajar dengan cogan kata RPT ‘MAKING OTHERS HAPPY’.

Di antara program khidmat masyarakat yang telah dijalankan meliputi aktiviti memupuk kesedaran jagaan kesihatan, bimbingan pendidikan dan pelbagai bantuan kemanusiaan.

Tambahan pula, program khidmat masyarakat RPT telah mencipta rekod dalam ‘MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ sebanyak 2 kali. Presiden RPT YBhg. Dato’ Sri Dr. V. Balakrishnan dan YBhg. Datin Sri Sundari Balakrishnan amat komited untuk meneruskan aktiviti khidmat masyarakat kepada golongan yang memerlukan dan berganding bahu dengan kerajaan dari masa ke semasa untuk menangani isu-isu dalam kalangan masyarakat Malaysia.

~VIDEO HARI KESEDARAN KANSER~

VIDEO PERASMIAN DAN PENUTUP HARI KESEDARAN KANSER

Selaras dengan komitmen tersebut, RPT telah menganjurkan Hari Kesedaran Kanser 2024 pada 6 Oktober 2024, bermula jam in8.02 pagi sehingga 2 petang, bertempat di Dewan MPK, Taman Berkeley, Klang, sebagai menyahut sambutan Bulan Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

Program ini yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri Selangor secara percuma, adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser, terutamanya kanser payu dara dan kanser serviks, dalam kalangan masyarakat di bandaraya Klang, khususnya masyarakat di dan sekitar Taman Berkeley.

Program RPT Hari Kesedaran Kanser 2024 ini dianjurkan dengan jayanya di bawah seliaan anak perempuan kepada Presiden RPT, iaitu Dr. Seetah Balakrishnan dan dilaksanakan oleh sukarelawan RPT dari pelbagai jurusan professional termasuk Pakar dan Pegawai Perubatan kerajaan serta swasta.

Majlis Pembukaan program ini dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), YBrs. Tuan Azmi bin Muji. Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Azmi mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha murni RPT menganjurkan Hari Kesedaran Kanser 2024 bagi manfaat masyarakat Klang, khususnya bagi kawasan sekitar Taman Berkeley.

Beliau turut memuji RPT di atas kelolaan program yang begitu terancang dan lancar serta menyuarakan rasa kagum beliau di atas penekanan teliti yang diberikan ke atas aspek kebersihan tapak program dan keselamatan para pengunjung.

Program RPT Hari Kesedaran Kanser 2024 berakhir dengan Majlis Penutup yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBrs. Dr. Mohd Safiee bin Ismail yang menyatakan beliau amat mengalukan inisiatif RPT berganding bahu dengan agensi kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memupuk kesedaran tentang kanser payudara dan kanser serviks, sejajar dengan usaha KKM untuk mengurangkan kejadian kedua- dua kanser tersebut dalam kalangan wanita di Malaysia.

Beliau berharap kerjasama sebegini akan diteruskan oleh RPT bagi manfaat pelbagai lapisan masyarakat.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah saringan kanser payudara merangkumi pemeriksaan payudara, pendaftaran bagi 100 ujian mammogram percuma LPPKN dan rujukan ke hospital bagi Peneman abnormal; saringan kanser serviks (pangkal rahim) di mana 100 ujian Hpv DNA dilakukan percuma sumbangan Pejabat Kesihatan Daerah Klang; sesi khidmat nasihat oleh doktor RPT dan Pakar dari HTAR; sesi Ceramah Kesihatan, testimoni oleh pejuang kanser (cancer survivor), serta Pameran Kesihatan bertemakan ‘Gaya Hidup Sihat Asas Bagi Hidup Tanpa Kanser’.

Program ini telah dihadiri seramai 300 orang peserta, majoriti wanita, dari segenap lapisan masyarakat dari Taman Berkeley dan kawasan sekitarnya. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan secara percuma oleh pihak RPT bagi semua peserta yang menghadiri program ini.

Bagi menyemarakkan kesedaran kanser payudara sempena Bulan Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payudara, kesemua hadirin telah diberikan ‘Pink Ribbon’ untuk disemat pada baju, sumbangan ikhlas RPT.

Perkongsian pengalaman dari seorang pesakit kanser

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *