PERSIAPAN TERAKHIR – MIT PAHANG 2024 – MALAYSIA INTERNATIONAL TOURISM EXPO PAHANG
Kuantan, 4 Oktober 2024 -Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024 (MIT Pahang 2024) yang bakal berlangsung pada 8 sehingga 10 Oktober 2024 menerima maklumbalas menggalakkan daripada pemain industri yang akan menyertai acara itu
nanti.
Lebih daripada 80 “Premium Buyers” dari luar negara telah memberi maklum balas serta bersetuju untuk hadir bagi sesi persidangan pelancongan dan sesi “Business to Business” (B2B) bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC) Kuantan.
Antara negara yang telah bersetuju untuk hadir termasuk UAE, Korea Selatan, Russia, Kenya, Turkey, Taiwan, China, Kemboja, Vietnam, India, Filipina, Thailand, Singapura, Indonedia dan juga Malaysia.
Selain itu, hampir 200 pengiat industri pelancongan dalam dan luar negara juga telah bersetuju untuk melibatkan diri sebagai pempamer di dalam Expo pelancongan yang pertama kalinya diadakan di Kuantan, Pahang.
Majlis perasmian akan diadakan pada hari pertama acara iaitu pada 8 Oktober 2024 (Selasa) akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Mentari Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di Silk Ballroom SASICC Kuantan pada jam 9.30 pagi.
Turut dijangka hadir Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri
Pahang, YB Puan Leong Yu Man, Exco -Exco Kerajaan Negeri Pahang, “Premium Buyers” MIT Pahang 2024, Pengiat Pelancongan serta rakan-rakan media.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj turut berkenan
berangkat ke Majlis Makan Malam Gala MIT Pahang 2024 yang akan diadakan pada hari yang sama pada jam 8.30 malam bertempat di Club Med Cherating.
Pengiat – pengiat industri pelancongan dan berkaitan turut dijemput menghadiri pameran yang berlangsung selama 3 hari ini dengan mendaftar di laman sesawang https://www.mit-pahang.com/.
Pameran turut terbuka kepada orang awam pada hari terakhir pameran, 10 Oktober 2024 bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang bertempat di Ruang Pameran (Exhibition Hall) SASSIC.
Untuk rekod, program ini merupakan platform terbaik buat para penggiat industri pelancongan dari dalam dan luar negara untuk bertukar pendapat dan membuka peluang perdagangan dalam industri Pelancongan.
Bukan itu sahaja, ianya juga
menjanjikan peluang yang luas dalam aspek ekonomi, budaya dan dimensi
pelancongan yang strategik secara global.
Antara aktiviti yang bakal berlangsung pada MIT Pahang 2024:
Malaysia international Tourism Expo Pahang adalah :
Persidangan berimpak tinggi.
Sesi ‘Business to Business’ (B2B) bagi semua pempamer dan
pembeli premium
Gala Night Dinner di Club Med Cherating
- Wacana dan pembentangan
Lawatan berjadual bagi para pempaper dan pembeli.
Lebih daripada 1000 Undangan kepada Pembeli Global- Ditaja & Diundang
Sokongan daripada Persatuan dan Organisasi Pelancongan Terkemuka
- Dianggarkan lebih daripada 10,000 Tetamu Perdagangan Pelancongan &
Pelawat Awam akan menyertai.
Antara objektif penganjuran Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024
(MIT Pahang 2024) ini adalah:
- Menyediakan platform business to business (B2B) kepada pemain
pelancongan Asia Tenggara dan seluruh dunia untuk berhubung dan memupuk
kerjasama antara satu sama lain. - Mewujudkan platform pengetahuan bagi Pakar Industri dan Perniagaan
Pelancongan untuk bertukar idea dan memperoleh pandangan baharu ke arah
masa depan industri pelancongan yang menjanjikan.
Menggalakkan pemain industri menghargai dan memelihara warisan budaya WAY FORWARD dan ekologi rantau ini sebagai produk pelancongan premium.
Menyediakan platform yang menarik bagi penyatuan pelbagai pemain industri pelancongan termasuk perkhidmatan dan produk sokongan untuk pelbagai aktiviti pelancongan.
MIT Pahang 2024 – Malaysia International Tourism Expo Pahang 2024 akan dipromosikan sebagai destinasi perhimpunan perniagaan industri pelancongan tahunan yang dinanti-nantikan bagi rantau ASEAN.