Ramai Terkejut! Wajah Kacak Jeffrey Ngai & Aksi Ganas Filem Road To Vendetta Buat Penonton Tak Kelip Mata! Kini Di Pawagam!

  • December 14, 2025
  • 2 min read
Ramai Terkejut! Wajah Kacak Jeffrey Ngai & Aksi Ganas Filem Road To Vendetta Buat Penonton Tak Kelip Mata! Kini Di Pawagam!

Kuala Lumpur, 11 Dis — Filem aksi Hong Kong–Jepun yang menjadi bualan hangat tahun ini, Road To Vendetta, akhirnya menemui penonton Malaysia bermula 11 Disember 2025 — dan ramai yang sudah bersedia untuk menyaksikan sendiri gabungan aksi ganas, jalan cerita gelap dan pesona aktor kacak, Jeffrey Ngai, yang kini trending di media sosial.

Sejak trailer dilancarkan, penonton mula memberi perhatian kepada lakonan Jeffrey Ngai sebagai Assassin No. 4, watak misteri yang kelihatan tenang, berbahaya dan penuh konflik dalaman. Walaupun bukan pelakon Hong Kong paling kacak, aura dan karismanya membuat ramai penonton jatuh hati, dan ada yang mengaku menonton trailer berkali-kali “sebab dia nampak terlalu cool”.

Lebih mengujakan, Jeffrey turut hadir ke Kuala Lumpur untuk tayangan perdana dan bertemu peminat. Ramai yang sudah membanjiri platform media sosial hanya untuk memuat naik video dan gambar saat dia tiba — dan rata-rata mengakui, “dia lagi kacak di depan mata”.

Road To Vendetta, arahan pengarah muda berbakat Njo Kui Ying, meraih lima pencalonan di Golden Horse Awards ke-62. Filem ini bukan sekadar aksi, tetapi membawa penonton menyelami dunia pembunuh upahan melalui plot yang penuh twist, visual gelap dan babak pertarungan ala Hong Kong zaman kegemilangan.

Babak paling menjadi perbualan?
Adegan pergaduhan di atas tram ikonik Hong Kong — lengkap dengan koreografi pantas dan brutal, hasil sentuhan pengarah aksi Jepun terkenal, Koichi Sakamoto (Kamen Rider). Jeffrey Ngai dilaporkan melakukan sendiri sebahagian besar aksi, menjadikan persembahan lakonannya lebih meyakinkan.

Dengan gandingan bersama pelakon Jepun Sara Minami dan barisan pelakon Hong Kong Chu Pak Him serta Rosa Maria Velasco, filem ini menawarkan kombinasi drama, dendam, emosi dan aksi yang menjanjikan kepuasan kepada peminat genre thriller dan crime-action.

Jika anda peminat filem aksi bergaya, visual gelap, dan mahu melihat transformasi Jeffrey Ngai sebagai bintang besar Asia seterusnya — Road To Vendetta adalah filem yang wajib ditonton di pawagam.

TikTok dan Instagram kini sudah penuh dengan review awal yang menyatakan satu perkara sama:


“Filem ini padu. Jeffrey Ngai pun nampak lain macam handsome dia.”

Road To Vendetta kini ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 11 Disember 2025! – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *