Rapid KL lanjutkan waktu perkhidmatan tren di Bukit Jalil sehingga 1 pagi pada 1 Oktober
KUALA LUMPUR: Sebagai sokongan kepada keperluan pengguna untuk menghadiri beberapa acara di sekitar Kompleks Sukan Negara, Rapid KL akan melanjutkan waktu perkhidmatannya sehingga pukul 1 pagi pada 1 Okt ini di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil.
Selain itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Rapid KL hari ini, stesen sambungan akan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.
Pengguna juga diminta untuk menggunakan kad Touch N’ Go dalam memastikan kelancaran perjalanan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti laman sosial Twitter dan Facebook MyRapidKL.