Riuh raya souk bakal rancakkan kembali seni kreatif

  • April 21, 2022
  • 3 min read
Riuh raya souk bakal rancakkan kembali seni kreatif

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(K-KOMM) menerusi MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCV) tampil dengan program
RIUH Raya Souk bersempena dengan bulan Ramadan, yang akan berlangsung pada
23 hingga 24 April 2022 di Sentul Depot, mulai pukul 4.00 petang sehingga 12.00
tengah malam.
Melewati fasa peralihan endemik ini, MyCV mengajak seluruh Keluarga Malaysia
untuk sama-sama meraikan bakat kreatif tempatan dengan menampilkan 109 jenama
tempatan yang menawarkan pakaian, aksesori, kuih raya, barangan penjagaan
kanak-kanak, hiasan rumah serta produk kecantikan melalui RIUH Raya Souk.

Pengunjung juga boleh memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri dengan pilihan fesyen
kegemaran termasuk daripada jenama seperti Whimsigirl, Velvet Vanity, Machino dan
Nazifi Nasri serta jenama baharu terdiri daripada Lathalia Jewellery, Harirose, Inisaya
dan Samora, selain menceriakan kediaman dengan pokok hiasan dari Kayan Tropika,
set bilik tidur dari Urban Edit. Co dan perkakas rumah oleh Naren Home.
Bagi anda yang menggemari makanan boleh menjamu selera dengan seleksi juadah
berbuka puasa tradisi Kelantan oleh Gamelan, hidangan Johor oleh Kecur, sate
Sataysfaction, Phil’s Pizza, MyBurgerLab, Sosej Sizzle dan minuman oleh Bo The
Avocado, Brotani dan TFKL serta banyak lagi. Dapatkan juga hidangan daripada
SheBakes, Poppy Cherry Pop, That Last Bite dan pencuci mulut oleh F.R. Copper dan
gelato oleh The Unusual Greens.

Di samping itu, sempena Bulan Kesedaran Autisme, Pameran We & I Art x Nak Seni
akan menampilkan karya-karya artis autistik diiringi sesi kugiran muzik Seni Komuniti
dan cenderahati jualan untuk menyokong kelangsungan para artis. Persatuan
Bantuan Kesihatan Mental (NYAWA) juga akan membawakan karya-karya menerusi
pameran dan aktiviti mereka bagi mempromosikan usaha bersempena dengan Bulan
Kesihatan Mental.
Pengunjung juga berpeluang menyerlahkan bakat terpendam melalui Bengkel Meja
Jubin Mini oleh Self Supply dan Bengkel Quilling Kertas Kitar Semula oleh Steampunk
Arts x Minimolly yang semuanya dalam usaha membina kesedaran tentang mencipta
seni kitar semula menggunakan bahan yang mampan dan mesra alam.

Kerjasama istimewa dalam RIUH Souk Raya kali ini juga membawakan bengkel oleh
Yayasan AirAsia bagi mempelajari seni anyaman ketupat bersama-sama Dr. Jarina
Mohd Jani, selain berpeluang mempelajari cara menanam ulam-ulaman dengan
REWILD Malaysia dan menikmati ‘Taste of Kerabu’ yang lazat dengan Dr David Neo.
Selain itu jualan Yayasan AirAsia, Destination Good juga akan turut dibuka.

Ketua RIUH, Marissa Wambeck berkata MyCV meraikan ulang tahun ke-10 dalam
menyokong industri kreatif Malaysia bulan ini. “Justeru, kami sebagai satu pasukan
amat teruja untuk bersama-sama memeriahkan sambutan tersebut dengan
penganjuran acara secara langsung dan memberikan sokongan kepada jenama,
bakat dan komuniti kreatif kerana kami percaya konsistensi dan keazaman adalah
kunci kepada masa depan ekonomi kreatif yang kukuh dan pelbagai perancangan
telah dibuat untuk tahun ini terutamanya melalui program Kembara RIUH yang akan
diadakan di setiap negeri,” kata Marissa lagi.
RIUH merupakan platform kreatif yang menyasarkan peningkatan ekosistem kreatif
dengan menghubungkan pelbagai jenama tempatan, usahawan kreatif, para pencipta
dan artis dengan komuniti.
Maklumat lanjut berkenaan RIUH boleh didapati melalui laman web www.riuh.com.my
atau layari laman Instagram dan Facebook @riuhinthecity!
Dikeluarkan oleh:
Bahagian Komunikasi Korporat
MyCreative Ventures Sdn. Bhd.


Selain itu pengunjung boleh mencuba ‘Plant Mixology’ dengan edisi minuman Eat,
Shoot & Roots’ pelbagai perisa serta rasa herba tempatan yang berbeza. Pelbagai
aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga bakal berlangsung dengan Seni dan Kraf
bertemakan Hari Raya di kawasan yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *