RUANG RAMA:RUANG ACARA BARU DI PETALING JAYA MENYAMBUT ACARA PERTAMANYA DENGAN HIDANGAN BUFET IFTAR

  • February 17, 2025
  • 3 min read
RUANG RAMA:RUANG ACARA BARU DI PETALING JAYA MENYAMBUT ACARA PERTAMANYA DENGAN HIDANGAN BUFET IFTAR

Sebulan Promosi Jamuan Iftar Bersama Kumpulan Nasyid Ikonik Rabbani
PETALING JAYA, 13 FEBRUARI 2025 – Ruang Rama, lokasi acara terbaharu di Petaling Jaya,
membuka pintu dewannya dengan penuh kemeriahan menerusi sebuah majlis pelancaran
yang meraikan semangat kebersamaan. Bersempena pembukaannya, Ruang Rama telah
menganjurkan Bufet Iftar pada 12 Februari 2025, mengundang para tetamu untuk
menikmati juadah berbuka puasa sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana yang
penuh bermakna.


Bufet Iftar ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional serantau yang kaya dengan rasa
autentik, membawa pengalaman kulinari yang mencerminkan budaya. Menghidupkan lagi
pengalaman berbuka, kumpulan nasyid tersohor, Rabbani, mengalunkan melodi penuh
harmoni. Kumpulan Nasyid ini akan membuat persembahan sepanjang bulan Ramadhan ini
di Ruang Rama.


Azadan bin Abd Aziz, pengurus dan anggota Rabbani, menyatakan, “Ini adalah peluang
bermakna buat kami untuk menyumbang kepada komuniti dengan meraikan bulan Ramadan
melalui muzik dan kebersamaan. Kami tidak sabar untuk menghiburkan para tetamu dan
sangat teruja memulakan perjalanan baru ini bersama Ruang Rama.”
Penyanyi legenda Malaysia, Dato’ Aishah, juga turut membuat persembahan di malam Iftar
Buffet Preview selaku artis undangan telah memukau para tetamu dengan persembahan
bertenaga dan penuh jiwa. Menambah elemen budaya ke malam istimewa ini, persembahan
gamelan menghidupkan suasana dengan alunan muzik tradisional, menjadikan malam
tersebut satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Majlis Bufet Iftar ini turut dihadiri oleh beberapa nama besar dalam industri hiburan, yang
ingin menerokai Ruang Rama sambil bersama-sama meraikan acara istimewa ini. Antara
tetamu yang hadir ialah Dato’ Amy Search, Dato’ Acis, ahli kumpulan Popshuvit dan
Bunkface, yang turut disertai oleh lebih 400 tetamu lain yang memeriahkan majlis ini.
Ruang Rama mengumumkan cabutan bertuah eksklusif yang ditaja oleh Mahabbah, sebuah
agensi pelancongan untuk perjalanan ibadah, bagi semua pengunjung yang menghadiri
Bufet Iftar dari 4 hingga 26 Mac 2025. Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah pakej
Umrah percuma dan cuti pelayaran Star Cruise. Pengumuman ini menambah lagi keterujaan
malam tersebut, menjadikan bufet ini di Ruang Rama satu pengalaman yang lebih
dinanti-nantikan.
Dengan gabungan hidangan istimewa yang disusun rapi, persembahan yang menyentuh jiwa,
serta layanan penuh mesra, Ruang Rama bersedia menjadi destinasi pilihan untuk majlis
perkahwinan, perayaan, serta pelbagai acara korporat dan gaya hidup—dimulakan dengan
perayaan Iftar yang benar-benar mencerminkan semangat Ramadan.
Lebih daripada sekadar ruang acara, Ruang Rama direka dengan teliti di lokasi strategik di
Klang Valley, lengkap dengan pakej promosi eksklusif serendah RM12,999+. Tawaran ini
merangkumi sistem AV, dekorasi klasik, meja & kerusi, serta pelbagai kemudahan
lain—menjadikan setiap acara lebih istimewa pada nilai yang luar biasa.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Iftar Buffet atau perkhidmatan Ruang Rama, hubungi
kami di +6012-230 5783.

Mengenai Ruang Rama Iftar Buffet 2025 bersama Rabbani & Friends
Iftar Buffet 2025 di Ruang Rama Event Space PJ, Wisma Daju 5, menampilkan hidangan cita rasa
klasik penuh dengan makanan kegemaran Malaysia, serta pelbagai pilihan di beberapa gerai
masakan. Promosi bufet berlangsung dari 4hb – 26hb Mac 2025 dengan harga RM89/pax (dewasa)
dan RM70/pax (kanak-kanak). Nikmati tawaran Early Bird sepanjang tempoh tempahan dari 12hb –
25hb Februari 2025, dengan harga istimewa RM79/pax (dewasa) dan RM60/pax (kanak-kanak).
Harga tidak termasuk SST 8%.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Dapatkan tiket anda di laman rasmi www.ruangrama.com.
Mengenai Ruang Rama
Ruang Rama ialah sebuah ruang acara yang direka dengan teliti di Petaling Jaya, lengkap dengan
kemudahan moden untuk menjayakan pelbagai majlis dengan lancar. Dilengkapi dengan sistem
bunyi, pentas luas, dan perabot, Ruang Rama menawarkan suasana yang sempurna untuk majlis
perkahwinan, perayaan, acara korporat, serta pelbagai acara gaya hidup.
Menampilkan dua tingkat ruang yang luas, Ruang Rama mampu menampung antara 400 hingga 600
tetamu dan boleh disesuaikan mengikut pelbagai konsep acara. Untuk tempoh terhad, Ruang Rama
ditawarkan pada kadar promosi eksklusif bermula dari RM12,999+, termasuk sistem AV, dekorasi
bercirikan autentik, kamera MCP, meja dan kerusi, serta pelamin.
Tertakluk kepada terma & syarat.
Untuk maklumat lanjut, layari www.ruangrama.com atau hubungi kami di +6012-230 5783.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *