Calpis Soda One In A Million Dominasi 8 Minggu Berturut-Turut!

  • February 16, 2025
  • 5 min read
Calpis Soda One In A Million Dominasi 8 Minggu Berturut-Turut!

Post Listening Party CSOIAM – Meet & Greet

FINALE CSOIAM CATAT 4.5 JUTA TONTONAN

KEKAL TRENDING NO 1 SETIAP MINGGU!

Namun, kisah gemilang bintang-bintang ini tidak berakhir di pentas akhir sahaja! Pada 14 Februari 2025, kita akan mengadakan Listening Party – Meet & Greet yang eksklusif di APW Bangsar, jam 8.30 malam! Acara istimewa ini bukan sekadar perjumpaan biasa, tetapi malam penghargaan yang penuh makna—momen di mana peminat setia, keluarga, dan rakan-rakan berkumpul untuk meraikan perjalanan luar biasa para finalis, dari sesi ujibakat hinggalah ke pentas finale. Sebuah penutup yang sempurna untuk Calpis Soda One In A Million, namun permulaan baru bagi bintang-bintang yang telah bersinar!

Bukan sekadar perjumpaan biasa, ini adalah satu penghargaan istimewa buat semua yang terlibat. Peminat bukan sahaja dapat mendengar secara eksklusif showcase finalis, tetapi juga berpeluang untuk bergambar, berbual mesra, dan meraikan detik kegemilangan bersama mereka. Dengan suasana yang santai tetapi penuh emosi, acara ini menjadi tanda penghargaan kepada semua yang telah menyokong CSOIAM – satu fenomena yang menggegarkan industri hiburan Malaysia!

Untuk rekod, ini pencapaian CSOIAM sepanjang 8 minggu bersiaran. Malam finale Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang, membuktikan bahawa ia bukan sekadar pertandingan nyanyian biasa, tetapi satu fenomena yang mencetuskan ledakan dalam industri hiburan Malaysia. Dengan 4.5 juta capaian tontonan TV, CSOIAM terus mendominasi malam Ahad selama lapan minggu berturut-turut sebagai rancangan nombor satu pilihan penonton, sambil mencipta impak luar biasa di dunia digital dengan capaian media sosial mencecah 2 bilion penonton setiap minggu dan tanda pagar rasmi #1 trending di X. Kejayaan ini turut diterjemahkan dalam dunia video digital, apabila jumlah tontonan video sosial mencecah 100 juta dengan peningkatan sebanyak 30% menjelang minggu akhir, di mana TikTok menjadi platform utama, menyumbang 50% daripada jumlah tontonan dan membuktikan tarikan luar biasa program ini dalam kalangan Generasi Z. CSOIAM bukan sahaja mencipta bintang baharu, malah mendefinisikan semula cara muzik dan hiburan disampaikan kepada penonton moden.

Perjalanan bintang-bintang CSOIAM tidak berakhir di pentas akhir, sebaliknya, ia baru sahaja bermula dengan pelan pembangunan bakat yang komprehensif untuk memastikan kejayaan jangka panjang mereka dalam industri muzik. Bermula dengan Mentorship Bootcamp, para peserta menerima bimbingan daripada pakar industri dalam aspek vokal, kawalan pentas, dan penjenamaan diri, diikuti dengan pengalaman latihan bertaraf antarabangsa di Jepun bersama penerbit J-Pop ternama serta siri vlog BTS (OIAM Journey). Finalis juga berpeluang merakamkan single eksklusif dan muzik video profesional melalui kolaborasi bersama artis tersohor seperti Ade Govinda. Kejayaan ini turut diserikan dengan detik bersejarah apabila MaryGrace dinobatkan sebagai juara, menewaskan Kai Deva (naib juara), Jimi (tempat ketiga), dan Zazzleen (tempat keempat) dalam satu pertarungan vokal yang epik. Keghairahan peminat terhadap pertandingan ini jelas terpancar dengan 190,000 jumlah undian pada malam finale serta peningkatan 54% dalam tontonan siaran langsung di Tonton, menjadikan CSOIAM antara rancangan paling hangat di platform digital tempatan.

Sebagai penutup, Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran, Etika Sdn Bhd, menzahirkan penghargaan dan kebanggaannya terhadap kejayaan musim ini, “Dengan berakhirnya musim yang penuh kehangatan ini, Calpis Soda One in a Million kini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai platform pencarian bakat paling berprestij di Malaysia. Walaupun musim ini telah melabuhkan tirainya, impaknya akan terus kekal, untuk menginspirasi generasi artis baharu, menyatukan peminat muzik, dan mencipta bintang generasi seterusnya. Bersama Calpis, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini; kami akan terus membawa keceriaan dan melakar lebih banyak kejayaan dalam industri muzik tanah air.”

Kejayaan luar biasa ini membuktikan bahawa CSOIAM bukan sekadar sebuah pertandingan nyanyian, tetapi sebuah gerakan yang mencorak landskap hiburan Malaysia. Tahniah kepada semua pemenang, peserta, serta tenaga produksi yang menjayakan program ini! Dengan impak yang begitu besar di TV dan media sosial, CSOIAM pastinya akan terus dikenang sebagai salah satu program hiburan paling berpengaruh di Malaysia. Sejuta soda, satu juara – fenomena yang akan kekal dalam ingatan!

– TAMAT –

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Nawar ‘Nnn’ Deress: HP 012 205 0105nawar@tv3.com.my
Lieu Lui Meng: HP 018 765 8736lui.meng@tv3.com.my   
Efendi Amir: HP 018 313 5124efendi.amir@tv3.com.my
Nazmi Azli: HP 012 360 2377nazmi.azli@tv3.com.my
Farah Najlaa: HP 019 266 0484farahzamzak@gmail.com

Mengenai TV3

TV3 merupakan saluran televisyen No.1 di Malaysia yang telah beroperasi sejak tahun 1984. TV3 telah mendominasi pasaran penyiaran menerusi penerbitan drama berkualiti seperti Melur Untuk Firdaus, Suamiku

Lelaki Pendosa, Kerana Cinta Itu Ada, dan Jaga Aku Selamanya merupakan sebahagian daripada drama-drama bersiri yang telah mencipta fenomena besar.

TV3 telah berjaya menambat hati penonton menerusi rancangan hiburan ikoniknya seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Tonton Drama Sangat, Famili Duo, Melodi, I Can See Your Voice dan Master In The House. Buletin Utama, 999, Fail Mahkamah, dan Majalah 3 terus kukuh sebagai rancangan berita dan dokumentari terunggul pilihan utama rakyat Malaysia hingga mencecah jutaan penonton setiap hari.

Platform media sosial @TV3Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang mengagumkan (24 juta pengikut di YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok) dan menjadi salah satu digital platform terbesar di negara ini.

Untuk mendapat informasi terbaharu berkaitan program menarik di TV3, layari akaun rasmi media sosial @TV3Malaysia, atau strim langsung secara eksklusif di Tonton, myFreeview CH103, Astro CH103, serta unifi CH103.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *