Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Belia Ysuku Riders
YB. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan
Negeri Selangor Darul Ehsan
14 MEI 2022- Setelah dua tahun tidak dapat menganjurkan majlis sosial seperti majlis aidilfitri
disebabkan oleh standard operating procedure Majlis Keselamatan Negara
semasa pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri hari ini melalui Exco Generasi
Muda, Sukan dan Modal Insan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya
Aidilfitri Bersama Belia Ysuku Riders.
Ini merupakan kali pertama penganjuran program Kerajaan Negeri bersama
Persatuan Ysuku Riders Malaysia yang melibatkan penunggang motosikal
Yamaha model Y15ZR 150cc dari pelbagai pelusuk negeri.
Program yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang ini juga
menyelitkan pelbagai aktiviti menarik seperti beramah mesra bersama
pemimpin, pameran motosikal Yamaha Y15ZR dan jamuan hari raya aidifitri.
Terdapat juga artis jemputan yang membuat persembahan semasa program
berlangsung bagi memeriahkan suasana seperti Ayu Damit, Mus dan Asheed
Def Gab C.
Kerajaan Negeri juga mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kumpulan
penunggang motosikal Y15ZR yang sebahagian besarnya terlibat dalam
industri penghantaran makanan (p-hailing) dan peranan kumpulan mereka
dalam menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam
kejadian banjir yang lalu.
Sebagai penghargaan, Kerajaan Negeri menyumbangkan dana sebanyak
RM 20,000.00 kepada Persatuan Ysuku Riders Malaysia atas sumbangan dan
mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kumpulan motosikal. Semoga
dengan sumbangan ini dapat memberikan mereka semangat dan menjadi
lebih bermotivasi untuk mereka menjalankan tugas dan membantu
masyarakat di lapangan.