SAMBUTAN MINGGU ARKIB ANTARABANGSA 2025 :“ARKIB BOLEH DIAKSES, ARKIB UNTUK SEMUA”

  • June 11, 2025
  • 1 min read
SAMBUTAN MINGGU ARKIB ANTARABANGSA 2025 :“ARKIB BOLEH DIAKSES, ARKIB UNTUK SEMUA”

Kementerian Perpaduan Negara mengucapkan Selamat Menyambut
Minggu Arkib Antarabangsa 2025 kepada seluruh warga arkib, para
penyelidik, penjawat awam dan rakyat Malaysia yang menghargai
warisan dokumentasi negara.

Arkib Negara Malaysia (ANM) merupakan ahli aktif berstatus Institutional
Member (Kategori A) dalam International Council on Archives (ICA).
Penyertaan ANM dalam organisasi antarabangsa ini telah menjadikan
ANM sebagai sebuah institusi kearkiban yang mempunyai jaringan antarabangsa bagi berkongsi dan membincangkan hal ehwal kearkiban secara kolektif di perigkat global.
Sambutan ini bukan sahaja meraikan jasa dan komitmen warga arkib,
tetapi juga mengajak seluruh rakyat mendekati khazanah sejarah negara
yang menjadi teras kepada jati diri dan perpaduan nasional.

Tema sambutan tahun ini, “Arkib Boleh Diakses, Arkib Untuk Semua”,
sangat bertepatan dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memastikan
sejarah dan dokumen negara dapat diakses dengan mudah oleh semua
lapisan masyarakat.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara berkata “Arkib
ialah penjaga memori bangsa. Ia bukan hanya menyimpan sejarah
negara, malah menyatukan naratif semua komuniti di Malaysia daripada
perjuangan kemerdekaan, pembinaan negara, sehingga kepada usaha memperkukuh integrasi nasional hari ini. Tanpa arkib, sejarah akan hilang, identiti akan kabur, dan perpaduan akan pudar. Justeru, kita mesti
terus menyokong institusi arkib dan memperkasakan nilai sejarah
sebagai milik semua”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *