Sokongan himpunan Veteren bangkit dan gesa wujudkan skim pencen pesara awal
KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA
12 MEI 2022
- Wira PUTRA menyanjung tinggi jasa dan pengorbanan para tentera yang telah bertungkus lumus bertugas mempertahankan negara dengan pelbagai kaedah agar rakyat Malaysia boleh kekal tidur nyenyak setiap hari.
- Sebagai kumpulan anak muda yang dibesarkan dalam negara yang aman dan selamat, kita berasa terkilan apabila didedah masih ramai veteran ATM yang bersara awal tidak terjaga kebajikannya dan masih tidak mendapat pencen sedangkan mereka juga adalah sebahagian daripada pelindung kedaulatan negara.
- Jika dibandingkan dengan penjawat awam lain yang berkhidmat 8 jam sehari, selepas 10 tahun mereka layak menerima pencen. Manakala angkatan tentera yang bertugas adakala lebih masa dari 10 ke 20 jam sehari menggadai masa muda dan nyawa mereka demi negara hanya layak menerima pencen jika berkhidmat cukup 21 tahun.
- Wira PUTRA juga menyokong Himpunan Bangkit Veteran yang bakal diadakan pada 6 Jun nanti bagi menyampaikan mesej kepada kepimpinan negara agar tidak memandang sebelah mata pengorbanan pesara tentera walaupun mereka memilih untuk bersara awal. Wira PUTRA juga akan turut serta dan memberikan sokongan moral kerana PUTRA turut prihatin dengan nasib veteran tenterayang telah memartabatkan kedaulatan negara.
- Kerajaan tidak perlu bersandiwara dan buat kajian terlalu lama. Wira PUTRA menggesa kerajaan wujudkan skim pencen yang sesuai bagi pesara tentera agar memudahkan mereka meneruskan kehidupannya setelah kembali menjalani hidup bersama orang awam. Lebih-lebih lagi di era selepas pandemik Covid-19 yang menekan ekonomi rakyat, bantuan yang kecil dapat memudahkan banyak urusan harian.
Sekian.