SP Care anjur program pemeriksaan kesihatan bagi penduduk DUN Tiram

  • March 6, 2022
  • 1 min read
SP Care anjur program pemeriksaan kesihatan bagi penduduk DUN Tiram

TIRAM: Baru-baru ini, Puvaneswaran SP Care telah menganjurkan program pemeriksaan kesihatan bagi penduduk DUN Tiram.

Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Pemeriksaan kesihatan mampu untuk mengesan sebarang risiko penyakit yang mungkin dialami oleh setiap manusia.

Antara penyakit yang boleh dikesan jika pemeriksaan kesihatan dilakukan adalah tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Selain daripada tu, melalui pemeriksaan kesihatan juga, boleh memberi gambaran sama ada gaya hidup yang diamalkan boleh diteruskan seperti biasa atau perlu menukar gaya hidup untuk mengekalkan kesihatan yang baik menerusi khidmat perundingan yang diberikan oleh Doktor Puvaneswaran SP Care.

Dato Sri Anwar Ibrahim turut hadir memeriahkan suasana di SP Care pada hari tersebut. – UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *