Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia
KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 20 Februari 2022:
• Kes sembuh: 18,459 kes [2,937,655 kes kumulatif (91.2%)];
• Kes baharu : 26,832 kes (3,221,680 kes kumulatif);
• Kes import : 68 kes [28 warganegara (41.2%); 40 bukan warganegara (58.8%)];
• Kes tempatan : 26,764 kes [26,054 warganegara (97.3%); 710 bukan warganegara (2.7%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 261 kes (98 kes disahkan COVID-19; 163 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 139 kes (61 kes disahkan COVID-19; 78 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
KATEGORI KES COVID-19
Daripada 26,832 kes harian yang dilaporkan pada 20 Februari 2022:
• 133 kes (0.50 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 26,699 kes (99.50 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Pecahan kategori kes:
• Kategori 1 : 8,469 kes (31.56%);
• Kategori 2 : 18,230 kes (67.94%);
• Kategori 3 : 66 kes (0.25%);
• Kategori 4 : 38 kes (0.14%); dan
• Kategori 5 : 29 kes (0.11%).
Daripada 133 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan pada 20 Februari 2022:
· 29 kes (21.80%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
· 75 kes (56.39%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19;
· 29 kes (21.80%) telah menerima dos penggalak;
· 62 kes (46.62%) berumur 60 tahun dan ke atas;
· 47 kes (35.34%) mempunyai komorbid; dan
· 6 kes (4.51%) ibu mengandung.
Dilaporkan 11 kes (0.04% daripada keseluruhan 28,825 kes) telah meninggal dunia, termasuk 6 kes (0.04% daripada keseluruhan 28,825 kes) brought-in-dead (BID). KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
KLUSTER COVID-19
• Jumlah kluster : 6,719 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,219 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 500 kluster.