SPRM perlu tegas dalam isu membabitkan duit rakyat – NGO Gerakan Pulangkan Duit Rakyat
KUALA LUMPUR: NGO Gerakan Pulangkan Duit Rakyat menyelar tindakan isteri kepada bekas Menteri Kewangan seolah-olah tidak patuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan harta.
Jurucakapnya, Ariffin Abu Bakar berkata, SPRM harus tidak memilih bulu dalam menangani isu serta perlu tegas menangani rasuah yang membabitkan duit rakyat.
“Berbillion duit sudah dibawa lari oleh mereka. Kini keadaan rakyat semakin susah dan sekiranya duit ini dapat di pulangkan, pastinya dapat digunakan untuk membantu rakyat semula, ” ujarnya.
Satu sidang media bersama dengan gabungan empat NGO telah diadakan di perkarangan Parlimen Malaysia, hari ini.
“NGO mendesak kepada semua pihak supaya patuh pada SPRM dan jangan mencabar kewibawaan dan kredibiliti SPRM.
“Kami rakyat biasa tertekan dan kami menyokong sepenuhnya tindakan SPRM dalam membanteras rasuah di Malaysia, isu ini juga seolah-olah mencabar kreadibiliti SPRM,” tegasnya
Menurutnya lagi, empat Gabungan Persatuan bersama adalah Badan Bertindak Malaysia, EPANCO Malaysia, PEKIDA Malaysia dan Atma.
“Sebab kami menubuhkan Persatuan ini adalah kerana menentang rasuah dan menyokong titah Yang Dipertuan Agong serta Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam membanteras rasuah di Malaysia.
“Kami berharap kepada SPRM supaya bantu rakyat dan terus menyiasat daripada wakil rakyat biasa.
“Saya yakin Yang Dipertuan Agong juga telah bertitah supaya membanteras rasuah dan PM Dato Seri Anwar Ibrahim juga ada mengatakan mengenai rasuah dan tugas kami adalah terus mendesak agar wang ini dipulangkan semula kepada rakyat,” katanya. – UTV