Sedekad SPeKAR ANGKASA: Perkasa Inovasi Tanpa Batasan

  • March 7, 2024
  • 3 min read
Sedekad SPeKAR ANGKASA: Perkasa Inovasi Tanpa Batasan

PUTRAJAYA, 7 MAC 2024 – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mengadakan Majlis Ulang Tahun Sedekad Inovasi Bersama Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan Experian (SPeKAR) serta Majlis Penghargaan kepada Pelanggan-Pelanggan yang dihadiri oleh 21 buah koperasi kredit dan 11 buah syarikat pemberi pembiayaan.


Majlis disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Ewon Benedick, serta turut dihadiri Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Demi memantapkan lagi perkhidmatan kredit gerakan koperasi seiring dengan hala tuju ANGKASA yang terkandung dalam Pelan Strategik ANGKASA 2050 (PESAN50), ANGKASA mengambil inisiatif mewujudkan satu rantaian perkhidmatan yang dinamakan Ekosistem Kredit Koperasi.

Ekosistem ini mampu melonjakkan standard dan kualiti koperasi di Malaysia setara dengan institusi pembiayaan yang
lain.

Sektor kewangan dan kredit menyumbang lebih 84 peratus kepada perolehan sektor
koperasi negara ini.


“Antara produk yang dibangunkan di bawah ekosistem ini adalah Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan Experian, Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA), Tawarruq ANGKASA, Non- Bank beader Credit Information (NLCI) dan Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS).”


“Hasil kerjasama strategik antara ANGKASA dan Experian, kita berjaya menghasilkan sebuah sistem pelaporan kredit mampu milik khusus bagi sektor koperasi.

Sepanjang tempoh 10 tahun penubuhannya, SPeKAR telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada 328 organisasi pelanggan dimana 267 adalah dari sektor koperasi.

Justeru untuk memantapkan perkhidmatan SPEKAR, platform Trade Bureau diwujudkan bagi memberi peluang kepada koperasi ataupun agensi pembiayaan bukan perbankan untuk menyalurkan corak pembayaran kredit setiap individu,” kata Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.


“Perkongsian sedekad Experian bersama ANGKASA berdiri sebagai suatu mercu tanda kerjasama dan inovasi.

Dengan menjadikan data berfungsi untuk semua, platform ini memperkasa pengguna, perniagaan dan komuniti Malaysia untuk berkembang maju.

Kerjasama ini menekankan kekuatan nilai bersama, komitmen, dan usaha kecemerlangan yang berterusan.


Kami menjangkakan masa hadapan yang cerah menerusi usaha bersama untuk terus membangunkan ekosistem pinjaman kredit dan meningkatkan kehidupan secara positif,” tambah Ketua Pegawai Eksekutif Experian Information Services Malaysia, Puan Dawn Lai.

Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA dan Experian (SPeKAR) adalah sebuah inovasi Pelaporan kredit yang dibangunkan pada tahun 2013 dengan menggabungkan maklumat pelaporan kredit potongan gaji ANGKASA serta data institusi pembiayaan dalam satu platform dengan kerjasama
bersama Experian Information Services (Malaysia) Sdn. Bhd. seperti data maklumat kredit bank, maklumat litigasi, status muflis, maklumat pemilikan syarikat, penyenaraian negatif dan lain-lain
maklumat Kredit.


Bagi memperkasakan lagi ekosistem kewangan ANGKASA, ANGKASA melalui anak syarikat MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Takaful Ikhlas General Berhad dan Takaful Ikhlas Family Berhad bagi kerjasama tawaran
perlindungan terhadap hutang pembiayaan agar tidak membebankan peminjam dan keluarga sekiranya berlaku musibah seperti kehilangan punca pendapatan, kematian, lumpuh kekal atau
penyakit lain menerusi perkhidmatan potongan gaji.


Disamping itu, MHSB juga menandatangani perjanjian bersama La Calisto Sdn. Bhd. yang bekerjasama menerusi syarikat bersekutu MyANGKASA Optikal Sdn Bhd bagi mengeksplorasi
perkhidmatan optometri menerusi potongan gaji dengan harga yang kompetitif.

Kedua-dua perkhidmatan ini adalah sebagai nilai tambah kepada anggota koperasi di seluruh Malaysia.


Bagi tahun seterusnya ANGKASA akan terus memperkasakan kerjasama bersama Experian menerusi kepelbagaian data serta menambah baik sistem sedia ada supaya dapat mewujudkan persekitaran aktiviti kredit gerakan koperasi yang terbaik, profesional dan efisien.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *