Tambang ECRL perlu dikaji?

  • May 5, 2022
  • 4 min read
Tambang ECRL perlu dikaji?

5hb Mei 2022

TAMBANG ECRL

Anak jati Kelantan dan Presiden Parti Putra, amat gembira dgn Projek Laluan Rail Pantai Timur.Malah saya masih ingat lagi sewaktu mula2 menjadi Ahli Parlimen 1986, pernah mencadangkan Kereta Api Laju ke Kelantan saperti di Kanada, UK,Jepun,Eropah dan lain2 negara.Malah negara2 Eropah di hubungankan melalui perjalanan dgn kereta api laju yg begitu selesa.Cepat dan selamat.

Menurutnya beliau tertarik dgn Kereta Api laju jarak juah ini pada tahun 1973.Pada tahun 1973 saya salah seorang dari dari peserta 30 orang belia malaysia yg terpileh menyertai program Pertukaran Belia Malaysia-Kanada selama 3 bulan.Antara perserta program ini ialah TS Mahyudin Yasin yg ketika itu Pengurusi Belia Negeri Johor.Saya di pileh sebagai Exco MBM dan mewakili PKPM.
Kami bermula di Montreal dgn menaiki kereta api laju serata Kanada dan kumpulan saya 10 orang berkampung di Calgary, Alberta Kanada.Semasa perjalanan dalam kereta api, saya mula berkhayal, alangkah bagus nya kalau ada kereta api laju seumpama ini dari KL ke Pantai Timur serta rangkaian nya sehingga Johor.Apabila saya ke London pada awal 1974 bila di jemput memberi ucapan di Msia Hall sebagai Naib Presiden PKPIM, saya amat teruja bila menaiki kereta api di Kota London dan saya masih ingat bila ke Manchester dan dua tiga tempat lain menaiki kereta api.Saya dapati ramai yg bekerja di London tapi rumah kemudian di luar London dgn jarak yg sangat jauh.Dengan perjalanan paling lama 2 jam, mereka sempat memasuki pejabat mengikut waktu yg di tetapkan.Ini lah yg menyebabkan Kota London tidak sesak dan yg tidak mampu memiliki rumah kediaman di Kota London yg begitu mahal, terus tinggal di tempat asal mereka kerana kemudahan pengangkutan kereta api yg tepat waktu nya dan selamat.

3.Sepatut nya ECRL ini sudah di bina 30 tahun dulu.Pasti Pantai Timur sudah maju, KL tidak sesak dan semua tinggal di negeri2 asal mereka dgn kos kediaman yg rendah.
Tapi ianya tidak di laksanakan kerana kos yg amat2 tinggi.Tapi lain2 projek dgn kos yg amat tinggi, membazir dan sebagainya bolih di laksanakan.Inilah hebat nya Pimpinan Kerajaan Msia.Jika di ambil kira dgn kekayaan negara sebelum ini, apalah sangat katakan 1OOB.Ianya mesti di laksanakan secara telus dan pengurusan kewangan yg tinggi tahap integriti nya.

4.ECRL yg sedang di bina ini menjadi kontroversi dan isu hangat semasa projek ini mula untuk di laksanakan semasa Kerajaan BN.Selepas BN kalah PRU 14, Kerajaan PH runding harga baru dan katanya dapat mengurangkan kos nya.Tapi ada pula dakwaan, laluan plan asal di buat pindaan utk kurangkan kos.

5.Apa pun ECRL yg sedang di bina jauh lebih mahal jika di bandingkan dgn kos projek yg sama sedang di laksanakan di Laos, malah jarak nya lebih panjang dari ECRL Malaysia.Jika benar dakwaan ini,betapa rakyat dan negara menangong kerugian akibat beban kewangan kerana manipulasi kos kerana ada pihak menanguk di air yg jernih.Inilah budaya kepimpinan kerajaan Malaysia sejak 60 tahun dulu.Projek untuk rakyat tapi kos berkali ganda sebab ada yg kaut faedah secara yg di halal olih undang2.
Sebab itu Negara kini berhutang lebih 1 trillion, walaupun kaya dgn berbagai hasil dan jumlah penduduk yg kecil.Memalukan dan amat sedih.

6.Olih kerana kos ECRL begitu besar dan di laksanakan dgn pinjaman kerajaan Negara China, maka timbul kebimbangan apakah kos tambang ECRL di katakan 6 kali ganda tiket pesawat
Apakah ini betul? atau kenyataan politik olih ahli2 politik.Apa pun kos tambang di jangka tinggi termasok kos operasi dan jagaan.Maka tambang pasti tinggi dan apakah rakyat mampu membeli tiket tambang jika lebih mahal dari tiket pesawat.Jangan sampai gaji bulanan hanya mampu beli tiket untuk 5 kali perjalanan dalam sebulan sahaja bagi gulongan B40 Ini sudah jadi gila.

7.Kerajaan wajib mencari ikhtiar untuk memastikan harga tambang paling tinggi sama dgn tambang satu perjalanan pesawat atau lebih rendah sedikit. Tumpuan bolih di beri kepada kos pengangkutan kargo untuk menentukan pendapatan bulanan operasi dan lain2 .Manakala urusan membayar balik pinjaman di buat melalui sumber lain pendapatan negara dan jangan di beban kepada rakyat melalui kos tambang.Jika tidak kereta api ECRL akan kosong dgn penumpang.

8.Saya berharap biarlah projek ECRL INI BENAR2 MEMBAHAGIAKAN RAKYAT kerana RAKYAT TIDAK BAHAGIA dengan banyak projek dan berbagai angkara yg di laksanakan sebelum ini sehingga Negara Msia sudah menjadi Negara terhina di mata dunia.

9.Semuga Allah swt Selamatkan Negaraku Malaysia.

Terima kaseh.

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden Putra
4hb Mei 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *