Skim harga maksimun musim perayaan Hari Raya Puasa tahun 2022 menambahkan keceriaan sambutan hari raya
PUTRAJAYA, 5 Mei 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) prihatin dengan kemeriahan dan
kegembiraan yang terserlah di kalangan ahli Keluarga Malaysia ketika
merayakan Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan pada 1hb. Mei lalu.
- Setelah dua tahun Aidilfitri dirayakan dalam keadaan tertutup dan
terhad di kalangan keluarga terdekat sahaja kerana Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), Aidilfitri 2022 memberi makna yang besar dan berbeza
di mana saudara-mara dan sahabat-handai saling kunjung-mengunjung
dalam pelbagai majlis rumah terbuka yang meriah tetapi tetap mematuhi
SOP. - Amat tepatlah keputusan Kerajaan melalui KPDNHEP memanjangkan
penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya
Puasa 2022 (SHMMP-HRP 2022) dari 26 April sehingga 10 Mei 2022 dari
tarikh asal 6 Mei 2022. Ini bagi membolehkan seluruh Keluarga Malaysia
berbilang kaum meneruskan tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka
dalam suasana harmoni dan riang-ria tetapi selamat. - Sejak pelaksanaanya dari 26 April sehingga 4 Mei 2022,
- Kementerian telah memeriksa sebanyak 6,702 premis perniagaan di
- peringkat borong dan runcit. Dari jumlah ini, sebanyak 10 kes telah dikesan
- melanggar perundangan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011
- (AKHAP 2011). Kesalahan-kesalahan yang dikesan adalah membabitkan
- kegagalan mematuhi keperluan tanda harga dan menjual barang
- kawalan melebihi harga maksimum,
- Penguatkuasaan ke atas pelaksanaan SHMMP-HRP 2022 ini akan
- diteruskan di seluruh negara sehingga tamat tempoh pelaksanaan skim
- pada 10 Mei 2022. Di samping itu, penentuan harga maksimum Ayam dan
- Telur akan terus berkuatkuasa sehingga 5 Jun 2022. Tindakan tegas
- akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan-
- peraturan di bawah Skim ini.
- Sila laporkan kepada KPDNHEP melalui saluran aduan di bawah
- sekiranya pengguna mempunyai maklumat berhubung salah laku:
- i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000
- ii. Portal Aduan: e-aduan.kpdnhep.gov.my
- iii. Pusat Panggilan 1-800-886-800
- iv. Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
- v. Ez ADU KPDNHEP