TAWAR RUANG BERNIAGA UNTUK KOPERASI LAIN MELALUI PROJEK MEGA

  • March 12, 2023
  • 2 min read
TAWAR RUANG BERNIAGA UNTUK KOPERASI LAIN MELALUI PROJEK MEGA

Koperasi atau pemaju yang menjalankan aktiviti projek mega seperti perumahan dan kompleks perniagaan disaran supaya memberi peluang ekonomi dengan menawarkan ruang berniaga untuk koperasi yang lain.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, antara aktiviti ekonomi yang sesuai dilaksanakan adalah seperti taska, kedai gunting rambut, spa, pusat pendidikan, klinik, farmasi, restoran, kiosk dan hotel bajet.

Menurut beliau, pemaju boleh menawarkan harga jualan atau sewa yang berpatutan kepada sekali gus memberi peluang perniagaan baharu kepada lebih banyak koperasi yang lain.

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan lawatan ringkas ke pejabat Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA) pada 11 Mac 2023 di Kluang, Johor.

KOPKETA yang mula ditubuhkan pada 23 Julai 1973 aktif dalam aktiviti tanaman kelapa sawit termasuk beberapa aktiviti ekonomi seperti projek perumahan dan stesen minyak.

Kehadiran Datuk Seri Dr. Abdul Fattah telah disambut oleh barisan Anggota Lembaga Koperasi diketuai Pengerusi KOPKETA, Haji Mohamed Nordin Ahmad.

KOPKETA menerusi projek terbaharunya akan membangunkan projek hartanah mega di Bandar Seri Impian Satu merangkumi dua fasa pembangunan di Kluang.

Fasa pertama projek melibatkan pembinaan 7,700 unit telah pun dibangunkan termasuk 320 unit banglo percuma kepada setiap anggota KOPKETA manakala projek fasa kedua sebanyak 6,000 unit kini sedang giat dijalankan.

KOPKETA juga sedang merancang untuk membangunkan projek hospital, pusat perniagaan dan perhotelan sebagai nilai tambah kepada aktiviti ekonomi sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *