Tempah Meja Awal! Iftar “Kembali ke Dapur Nenda” Kembali Dengan Menu Kampung Paling Lengkap

SUNGAI BULOH – Aroma rendang yang memikat selera, dentuman beduk yang membangkitkan debar menanti azan, serta suasana kampung yang penuh kehangatan. Semua kenangan indah itu bakal dihidupkan semula menerusi Iftar Ramadan 1447H/2026: Kembali ke Dapur Nenda, anjuran 211 Event Empire, yang berlangsung dari 23 Februari hingga 15 Mac 2026 di Kelab Rahman Putra Malaysia, Sungai Buloh.

Lebih daripada sekadar lokasi berbuka puasa, acara ini menjanjikan sebuah pengalaman Ramadan yang menyentuh rasa — membawa pengunjung kembali ke memori lama, ketika dapur nenek menjadi pusat pertemuan keluarga, tempat berkongsi cerita, ketawa dan rezeki bersama sanak saudara serta jiran tetangga.

Mengangkat tema Kembali ke Dapur Nenda, penganjuran ini mengetengahkan suasana kampung tradisional Melayu yang kian terhakis ditelan masa. Dari dekorasi kampung yang mendamaikan mata, alunan muzik tradisional yang mengisi ruang, hinggalah kepada menu warisan yang menyelerakan, setiap perincian dirangka rapi bagi membangkitkan rasa rindu terhadap nilai kebersamaan, kesederhanaan dan kasih sayang yang menjadi teras kehidupan masyarakat dahulu.

Intan Madura Wakil 211 Event

COO 211 Event Cik Intan Madura menjelaskan tetamu yang hadir akan merasa bagaikan di perkampungan budaya kerana pelbagai persembahan telah diatur seawal jam 6.00 petang, suasana mula dihidupkan dengan alunan gambus dan keroncong Melayu yang berkumandang lembut, disusuli persembahan instrumental dan selawat sebagai pembuka majlis. Tazkirah Ramadan yang disampaikan setiap petang mengajak pengunjung menghayati makna ibadah dan kesyukuran. Menjelang waktu berbuka, dentuman beduk dan laungan azan Maghrib mencipta suasana penuh keinsafan, sebelum pengunjung menikmati juadah iftar dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Menurut Intan lagi hidangan utama berteraskan masakan warisan, diiringi persembahan artis jemputan dan band warisan budaya. Solat Isyak dan Terawih berjemaah melengkapkan perjalanan malam Ramadan, sebelum jamuan moreh disajikan, menjadikan keseluruhan program berlangsung sehingga sekitar 11.00 malam dalam suasana santai, tertib dan beradab.

Antara tarikan utama Kembali ke Dapur Nenda ialah kepelbagaian menu yang jarang ditemui di satu lokasi. Lebih 100 pilihan hidangan kampung dan tradisional disediakan, merangkumi nasi minyak, nasi briyani dan nasi tomato, lengkap dengan lauk-pauk seperti rendang, gulai kawah, ayam masak merah, ikan masak lemak cili api serta asam pedas yang membangkitkan selera.

Tidak ketinggalan hidangan nostalgia seperti bubur lambuk, laksa, laksam dan soto ayam, selain aneka kuih tradisional dan pencuci mulut klasik yang mengimbau kenangan zaman dahulu. Sebagai pelengkap, hidangan istimewa seperti lemang, nasi impit, sate, apam balik dan roti canai turut disajikan, bersama menu moden seperti kambing bakar dan chocolate fountain. Turut mencuri tumpuan ialah Chocolate Fountain edisi khas setinggi enam tingkat, yang dijangka menjadi tarikan utama buat pengunjung seisi keluarga.

Penganjuran ini turut diserikan dengan pelbagai pengisian kebudayaan seperti persembahan ghazal yang diadakan setiap petang dan malam, selain tarian tradisional, teater, muzikal serta permainan tradisional yang dianjurkan pada hujung minggu. Demonstrasi anyaman ketupat jawi turut diketengahkan sebagai usaha memperkenalkan warisan budaya kepada generasi muda agar terus dihargai dan dipelihara.

Seiring dengan roh Ramadan, aspek kebajikan turut menjadi antara tunjang utama program ini. Antaranya termasuk iftar bersama golongan asnaf, anak yatim dan pelajar tahfiz, penyampaian sumbangan Hari Raya, serta aktiviti gotong-royong seperti rewang bubur lambuk dan mengacau dodol pada 10 hari terakhir Ramadan. Segmen berbuka puasa bersama artis dan artis veteran turut dijadualkan, menambah nilai kebersamaan dalam suasana penuh makna.

Bagi keselesaan pengunjung seisi keluarga, Kids Zone yang dilengkapi permainan tradisional turut disediakan, selain Warung Nostalgia yang menjual jajan dan snek klasik zaman dahulu. Pengunjung juga berpeluang membuat persiapan Aidilfitri melalui booth jualan premium Hari Raya yang disediakan di lokasi.

Orang ramai yang ingin menikmati pengalaman iftar berkonsepkan kampung ini disarankan membuat tempahan meja lebih awal memandangkan sambutan dijangka menggalakkan sepanjang Ramadan. Harga promosi early bird ditawarkan pada kadar RM90 seorang sehingga 31 Januari, sebelum kembali ke harga asal RM129.90.

Maklumat Acara:

Iftar Ramadan 1447H/2026: Kembali ke Dapur Nenda

📍 Kelab Rahman Putra Malaysia, Sungai Buloh

🗓 23 Februari – 15 Mac 2026

⏰ 6.00 petang – 11.00 malam

Tempahan Meja & Tajaan:

📞 011-23810483 | 019-6000327

📧 211eventempire@gmail.com

Dalam dunia yang semakin pantas dan serba moden, Kembali ke Dapur Nenda hadir sebagai ruang untuk berhenti seketika — menikmati juadah dengan penuh rasa syukur, menghayati keberkatan Ramadan dan menghidupkan semula nilai kekeluargaan yang sederhana, namun sarat dengan makna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *