TINDAKAN KOMPAUN DAN BATAL LESEN KE ATAS PENIAGA, ESTET DAN KILANG PEMPROSES GETAH YANG GAGAL MENGGUNAKAN SISTEM RRIMniaga™

RRIMestet™ DAN MSNR TRACE
24 JUN 2025

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersama Lembaga Getah Malaysia
(LGM) komited untuk memastikan industri getah negara dapat memenuhi keperluan
antarabangsa dalam aspek kemampanan termasuk Peraturan Bebas Penebangan
Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang akan berkuatkuasa mulai 30 Disember 2025.

LGM telah membangunkan agenda nasional Malaysian Sustainable Natural Rubber
(MSNR) yang telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri
Perladangan dan Komoditi pada 7 Oktober 2024. Disamping itu, komitmen Malaysia
dalam mematuhi aspek kemampanan antarabangsa melalui MSNR juga telah
dibuktikan melalui majlis pelancaran eksport pertama getah Malaysia mematuhi MSNR
ke Kesatuan Eropah pada 12 Disember 2024.

MSNR merupakan pengiktirafan secara kawal selia dan penguatkuasaan (regulatory
approach) yang diberikan kepada pemegang lesen dan permit LGM untuk memastikan
getah yang dihasilkan dapat memasuki pasaran dunia sebagai produk mampan yang
berdaya saing. Bermula 1 Julai 2024, LGM telah giat menjalankan pemeriksaan
pematuhan MSNR terhadap pekebun kecil getah dan pemegang lesen LGM melalui
kaedah pemeriksaan bersemuka serta pengumpulan maklumat lokasi kebun dan
premis. Penguatkuasaan pematuhan MSNR telah bermula pada 1 Januari 2025.

Antara isu utama yang dihadapi di dalam industri getah di peringkat global adalah
kekurangan elemen kebolehjejakan bahan mentah. Walau bagaimanapun, LGM telah
berjaya membangunkan sistem kebolehjejakan (traceability) yang komprehensif di
peringkat huluan, pertengahan dan hiliran yang bakal melonjakkan Malaysia sebagai
peneraju dalam penghasilan getah asli dan produk getah mampan dunia.

LGM telah membangunkan beberapa sistem kebolehjejakan yang menyokong aspek
kemampanan seperti RRIMniagaTM yang telah diwajibkan kepada peniaga getah sejak
1 Januari 2021. Manakala sistem RRIMestet™ telah dikuatkuasakan kepada
pemegang lesen estet mulai 1 Oktober 2024 serta MSNR Trace diwajibkan ke atas
pedagang dan kilang pemproses getah mulai 5 Mei 2025. Penggunaan sistem-sistem

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *