Tourism Malaysia Anjur Jom Cuti-Cuti Malaysia Travel Fair 2022

  • October 22, 2022
  • 2 min read
Tourism Malaysia Anjur Jom Cuti-Cuti Malaysia Travel Fair 2022

KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2022 – Tourism Malaysia hari ini menganjurkan program
Jom Cuti-Cuti Malaysia (JCCM) Travel Fair 2022 di MyTOWN Shopping Centre dalam
usaha merancakkan lagi aktiviti pemasaran serta mempromosikan pakej-pakej
percutian domestik bersama penggiat industri pelancongan terpilih dari seluruh Malaysia.


Pameran pelancongan tersebut yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini,
turut menjadi platform kepada pemain industri untuk memperkenalkan produk pelancongan baharu di Malaysia selain berpeluang menjual pakej-pakej pelancongan.dan tiket masuk secara terus kepada pengguna pada harga diskaun menarik dan kompetitif.


Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata,
penganjuran JCCM Travel Fair 2022 diharap dapat merangsang permintaan pelancongan domestik sekali gus menggalakkan pelancong untuk melancong secara

erancang melalui pembelian pakej-pakej menarik.


Sebanyak 20 pempamer terdiri daripada agensi pelancongan, pengusaha produk pelancongan, taman tema dan hotel menyertai JCCM Travel Fair pada kali ini, antaranya ialah Sunway Lagoon Theme Park, Legoland, Farm In The City, Flywind Holidays (menawarkan pakej-pakej pulau), Glamping Park Gopeng, Farmstay Relau, Honeyzone Travel (pakej Langkawi), Zoo & Taman Burung Melaka, Bayou Lagoon Park Melaka, Borneo Holiday & Vehicle Rental, Ghost Museum, Menara KL, Gamuda Land, Melaka Taming Sari, N Helzy Rent A Car & Travel, I-World Travel & Tours Sdn Bhd, Kurma
Travel & Tours Sdn Bhd, Borneo StarCruise Sdn Bhd dan Segar City.

Mengadaptasi tema karnival bagi menarik minat segmen keluarga, pelbagai pengisian
menarik turut diatur seperti persembahan kebudayaan, kuiz pelancongan, sesi
mewarna kanak-kanak serta penampilan khas pempengaruh media sosial seperti Faiz
Dickie dan Fikri Zamri.


“Menerusi penganjuran JCCM Travel Fair 2022, kita harap dapat membantu penggiat
industri tempatan untuk menerima tempahan pakej-pakej pelancongan daripada para
pelancong bagi menggalakkan mereka untuk meneroka destinasi serta produk pelancongan baharu di dalam negara.


“Setakat ini, sebanyak tujuh jerayawara JCCM telah dilaksanakan oleh Tourism Malaysia
di beberapa AEON terpilih serata Malaysia dengan jumlah jualan keseluruhan
mencecah sebanyak RM8.03 juta.

Menerusi penyertaan Tourism Malaysia di MATTA Fair Kuala Lumpur yang diadakan pada April dan September tahun ini, jumlah jualan
yang diraih pula adalah sebanyak RM4 juta, justeru menunjukkan trend positif rakyat
Malaysia memilih untuk melancong di dalam negara,” kata Dato’ Hj. Zainuddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *