TRAGEDI NAHAS BAS UPSI – MATA TUNTUT TANGGUNGJAWAB DAN PENGUATKUASAAN KESELAMATAN YANG LEBIH TEGAS

  • June 9, 2025
  • 1 min read
TRAGEDI NAHAS BAS UPSI – MATA TUNTUT TANGGUNGJAWAB DAN PENGUATKUASAAN KESELAMATAN YANG LEBIH TEGAS

Kuala Lumpur, 9 Jun 2025. Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA)
melahirkan rasa dukacita dan kekecewaan yang amat mendalam terhadap insiden nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur–Barat.

“Ini bukan sekadar satu tragedi — ia adalah kecemasan nasional yang
memerlukan pertanggungjawaban penuh dan tindakan segera,” kata
Dato’ Sri Dr. Mohd Khalid Harun, Presiden MATA.

Kami di MATA amat terkesan dan terkilan dengan tragedi ngeri ini yang
melibatkan bas pelajar UPSI sehingga meragut 15 nyawa pelajar yang
berpotensi besar. Kehilangan yang amat menyayat hati ini bukan sekadar
tragedi buat pihak universiti, malah merupakan krisis nasional yang
memerlukan tindakan segera dan telus.

MATA merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada keluarga
dan rakan-rakan mangsa. Tiada kata yang mampu menggambarkan
kesedihan terhadap kehilangan masa depan yang cerah dalam sekelip
mata. Doa kami bersama mereka yang sedang berduka, dan MATA berdiri
teguh bersama komuniti UPSI serta seluruh rakyat Malaysia dalam detik
yang penuh duka ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *