Bermula Dari Rumah Ini: ‘Qurban Aidiladha’ rapatkan Keluarga Haji Sidin

  • June 9, 2025
  • 3 min read
Bermula Dari Rumah Ini: ‘Qurban Aidiladha’ rapatkan Keluarga Haji Sidin

Sambutan Aidiladha bukan sekadar ibadah korban, tetapi juga satu peluang keemasan untuk memperkukuhkan silaturahim yang kian renggang dalam kalangan keluarga dan masyarakat. Itulah matlamat utama pelaksanaan Hari Korban Berkelompok Keluarga Haji Sidin yang berlangsung penuh makna dan kasih sayang.

Ahli keluarga memakai baju khas yang mempunyai Logo
Tuan Yunos bin Jarkasi

Program ini membawa satu nilai besar – menyatupadukan kembali ahli keluarga dan komuniti yang mungkin telah lama berjauhan atas pelbagai sebab.

“Dalam suasana masyarakat hari ini yang semakin terkesan dengan kesibukan dan tekanan hidup, hubungan kekeluargaan seringkali terabai. Oleh itu, Hari Korban inilah waktu yang paling sesuai untuk mengeratkan kembali tali persaudaraan yang telah longgar”.

Temubual khas bersama keluarga Embah Jen, Tuan Yunos bin Jarkasi, menurutnya “Yang penting, bersatu teguh, bercerai roboh – bukan bercerai kahwin, kalau kahwin lagi itu saya lah,” ujar beliau secara berseloroh”.

Imam yang menyembelih lembu korban

Lebih istimewa, program ini dilangsungkan di tapak asal keluarga Allahyarham Haji Sidin – rumah peninggalan yang kini didiami oleh anak-anak beliau termasuk Encik Hasim bin Haji Sidin.

Rumah inilah saksi lahirnya zuriat keturunan Haji Sidin yang kini berkembang menjadi pelbagai latar belakang dan kepakaran – ada yang menjadi pendidik, usahawan, petani, mekanik dan banyak lagi. Keunikan keluarga ini jelas menggambarkan kekuatan sebuah institusi keluarga yang berakar dari nilai murni dan saling menyokong.

Gotong royong keluarga dan penduduk kampung
Kesempatan Aidiladha ini dapat pertemukan keluarga jauh

Malah, menurut beliau lagi, “Cuma satu sahaja yang belum lagi kita capai keberjayaannya – mencari lembu korban yang kedua,” sambil disambut tawa ringan oleh hadirin.

Program ini tidak akan berjaya tanpa sumbangan besar daripada masyarakat sekeliling. Oleh itu, ucapan penghargaan yang tidak terhingga disampaikan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini – dari penyumbang, petugas, penyembelih, hingga kepada jiran tetangga yang hadir memeriahkan suasana.

Wanita berperanan penting dalam penyediaan
Imam baru dan bekas iman bersama penganjur(kerusi roda)

Alhamdulillah, inilah roh sebenar Aidiladha – pengorbanan, kebersamaan, dan kasih sayang sesama insan. Semoga usaha ini menjadi titik permulaan untuk keluarga dan masyarakat terus bersatu, saling menyokong, dan mengekalkan warisan kasih sayang yang telah lama dibina sejak zaman Allahyarham Haji Sidin.

Kerana dalam setiap darah yang mengalir, dalam setiap peluh yang menitis, dan dalam setiap daging korban yang diagih – tersimpan satu harapan besar: agar ikatan keluarga tidak pernah putus, dan semangat kekitaan terus hidup dalam jiwa generasi mendatang.

Anak muda penduduk kampung turut hadir

Bermula dari rumah ini… insya-Allah, kasih sayang akan terus berkembang.
Demi nama Haji Sidin, demi keluarga yang kita cinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *