WARIS KELUARGA BEKAS PENGACARA DAN WARTAWAN MAJALAH 3 TERIMAFAEDAH PERKESOALERT: WARIS TERIMA FAEDAH PENCEN PENAKAT LEBIH RM1,700SEPANJANG HAYAT

SUNGAI BULOH – Balu kepada bekas pengacara dan wartawan dokumentari Majalah 3, Abdullah Sidek Majin layak menerima dua faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi caruman Allahyarham suaminya.
Menurut Pengerusi Lembaga PERKESO, Dato’ Sri Subahan Kamal, hasil semakan
PERKESO mendapati waris Abdullah Sidek Majin,58, layak menerima Faedah
Pengurusan Mayat (FPM) dan Pencen Penakat bawah Skim Keilatan berikutan suaminya adalah pencarum yang berdaftar bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak Disember 1983 hingga Julai 2017.
”Abdullah Sidek merupakan bekas kakitangan Primeworks Studios yang banyak
menghasilkan dokumentari berkualiti tinggi serta menjadi kegemaran penonton
televisyen suatu ketika dahulu menghidap kanser limfoma tahap empat sebelum
meninggal dunia pada 29 Mei lalu akibat ‘Septic Shock Secondary To Neutropenic
Sepsis’.
”Balu dan salah seorang anaknya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM)
sebanyak RM2,000 secara sekali bayar serta Pencen Penakat sebanyak RM1743.75
setiap bulan yang dibayar sepanjang hayat disalurkan kepada balunya Khairana Sabtu,
53 dan anaknya Ariq Mikhael Abdullah Sidek, 20 tahun sehingga berusia 21 tahun jika
belum berkahwin, dan faedah tersebut boleh diteruskan sekiranya beliau menyambung
pengajian ke peringkat ijazah pertama.