Ucapan syabas GERAKAN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya mempertahankan kecemerlangan temberang mengenai isu rasuah di Malaysia.

  • June 14, 2024
  • 2 min read
Ucapan syabas GERAKAN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berjaya mempertahankan kecemerlangan temberang mengenai isu rasuah di Malaysia.

Ketua Pemuda Pahang Goh Tee Loongberkata, GERAKAN mengucapkan tahniah kepada Anwar atas ketegasn sehinggakan tiada seorang pun dalam jemaah menteri Madani yang terlibat dengan skandal rasuah.

Menurut laporan media tempatan, Anwar tidak mahu menjadi Perdana Menteri yang lindungan perasuah. Namun GERAKAN hairan adakah kenyataan ini hanya diguna pakai kepada pembangkang atau rakyat yang tidak menyokong Kerajaan Madani.

GERAKAN pelik, Anwar Ibrahim sebelum jadi pembangkang sudah menjadi makanan ceramah mengenai tolak rasuah, tolak salah gunakuasa. Namun apa yang rakyat dapat, hari pertama Pengerusi Pakatan Harapan itu menjadi Perdana Menteri sudah bersekonggol dengan perasuah.

Dengan kata lain adalah Anwar Ibrahim sekarang dilihat atau pelindung perasuah kelas atasan. Senarionya sama seperti alasan penyasaraan subsidi diesel untuk mengurangkan penyeludupan dan jalan penyelesaiaan diambil oleh Madani adalah rakyat menanggungnya.

Sepatutnya Kerajaani Madani tangkap penyeludup untuk mengurangkan penyeludapan minyak diesel.

Goh Tee Loong menjelaskan, negera kita mempunyai 6 agensi terlibat memerangi kes berkatian antaranya Polis, Kastam , Imigresen, Penguatkuasa Maritim, Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia dan Penguatkuasa KPDN. Tiga antaranya berada di bawah Kementerian Dalam Negeri.Selain itu, Goh Tee Loong berkata, isu penyelupan melibatkan diesel bukan perkara baru, tetapi apa tindakan Menteri KDN Saifuddin Nasution untuk banteras penyeludupan ini? Bagi GERAKAN kegagalan Saifuddin Nasution ditutup dengan tarik terus subsidi dan rakyat menanggung beban bukannya penyeludup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *