Yayasan Prihatin Nasional beri sumbangan raya kepada 22 lokasi, 22 program
Cheras, 28 April 2022 – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama MAWIP telah menganjurkan Kembara Ramadan Prihatin inisiatif untuk memberikan bantuan raya kepada asnaf dalam 22 lokasi dan 22 program yang berlainan.
Kembara Ramadan Prihatin adalah inisiatif dianjurkan oleh PRIHATIN dalam menjalankan aktiviti bulan Ramadan menyantuni golongan B40, asnaf, gologan kurang bernasib baik, anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, gelandangan, pelajar institusi pengajian tinggi dan petugas barisan hadapan.
Diantara sumbangan yang diberikan adalah baju melayu serta baju kurung raya kepada penungang e-Hailing yang terdiri daripada penghantar makanan Grab Food, pemandu teksi, Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (GerakWanis), Pertubuhan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA) dan penerima daripada Rumah Titian Kasih yang berlangsung di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras, Kuala Lumpur yang telh disempurnakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP.
Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali berkata, tujuan sumbangan ini adalah untuk menyantuni serta memberikan keperluan hari raya kepada warga asnaf melalui perlaksanaan program seperti Berbuka Puasa (Iftar), Tarawih, Qiamulail dan Sahur, Pengagihan Bubur Lambuk, Sumbangan Baju Raya Prihatin, dan Zakat Prihatin dan kemuncak program ini adalah di Rembau serta bakal dihadiri oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin.
Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, program yang luarbiasa kerana mengenal pasti keperluan asnaf untuk sambutan hari raya, mengambil kesempatan untuk menyediakan pakaian dan baju kepada 250,000 orang yang terpilih.
“Sampin, kain tudung dan songkok menjadikan sumbangan pakej yang lengkap kepada mereka pada hari raya tahun ini. Target sasaran kami adalah kepada golongan PPR dalam peruntukan RM 80,000 (40 000 ekor) untuk menyediakan 2 ekor ayam mentah kepada warga asnaf sekitar Kuala Lumpur. InshaAllah selepas syawal ini, kita akan meneruskan sumbangan seperti ini. Ini adalah kali pertama kami memberikan sumbangan seperti ini.