Tumpuan di Sunway Pyramid untuk Bertemu Ejen Ali dan Berpeluang menangi lebih RM50,000 di Pop-Up Boost

KUALA LUMPUR – Sempena pelancaran video Raya ‘KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali’ di YouTube, Boost telah menganjurkan pop-up di Sunway Pyramid dengan kerjasama siri animasi Malaysia terkenal, Ejen Ali. Di pop-up tersebut, peminat Ejen Ali dapat bertemu dengan watak animasi kegemaran mereka dan menyempurnakan misi untuk memenangi hadiah hebat dari Boost. Pop-up tersebut bermula hujung minggu lepas dan akan kembali pada hujung minggu ini, iaitu pada 30 April dan 1 Mei.
Ramai keluarga dan ibu bapa dapat dilihat bersama dengan anak-anak mereka di pusat beli-belah tersebut untuk berpeluang memenangi ganjaran bernilai lebih RM50,000. Untuk mengambil bahagian, pengguna Boost hanya perlu mendapatkan giliran untuk bermain permainan Tikam & Win serta cabutan bertuah Pick & Win dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM20 di mana-mana 150 kedai yang menyokong kemudahan Boost di Sunway Pyramid, termasuk McDonald’s, KFC, Sephora, Mr. D.I.Y., dan sebagainya. Kemudian, pembeli hanya perlu menunjuk resit digital di pop-up Boost untuk menuntut ganjaran*.

Bukan itu sahaja, pembeli yang menggunakan aplikasi Boost untuk membeli-belah akan dapat menikmati cashback RM40 dengan perbelanjaan minimum RM60 di acara tersebut*. Bagi mereka yang tidak berpeluang menemui Ejen Ali dan menyempurnakan misi Boost di Sunway Pyramid pada hujung
minggu lepas, jangan lepaskan peluang untuk menang dan berjimat besar pada hujung minggu ini apabila pop-up Boost dan Ejen Ali kembali sekali lagi pada jam 12TGH, 3PTG, dan 6PTG.
Kerjasama antara Boost dan Ejen Ali adalah sebahagian daripada kempen ‘KebangkiTEN Raya’ Boost di seluruh negara yang diadakan dari 18 April hingga 31 Mei. Sepanjang tempoh kempen ‘KebangkiTEN Raya’, pengguna Boost boleh memanfaatkan ganjaran menarik dan penjimatan tambahan, termasuk cashback lebih RM100, peluang memenangi Vespa dan Perodua Ativa serba baharu untuk balik kampung, sehingga 10x Boost Stars, dan percuma eDuit Raya RM10 untuk mereka yang menerima Duit Raya menerusi DuitNow di aplikasi Boost*.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘KebangkiTEN Raya’ Boost, sila layari: https://bit.ly/BoostKebangkiTENRaya
Untuk menonton video lengkap ‘KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali’ dan mendapatkan tawaran terkini, sila langgan saluran Boost di YouTube: https://bit.ly/BoostRayaxEjenAli
#
Mengenai Boost
Boost merupakan syarikat teknologi kewangan (fintech) milik Axiata yang menyatukan semua perkhidmatan kewangan merangkumi pembayaran, pembiayaan mikro, insurans mikro, perkhidmatan kandungan rentas sempadan dan solusi perniagaan. Sebagai aplikasi gaya hidup & perkhidmatan kewangan digital pilihan di MalaysiaKami menggabungkan fintech, data dalaman dan AI untuk memenuhi permintaan pengguna dan peniaga yang semakin meningkat dan berkembang di seluruh rantau, dengan matlamat untuk menjadi syarikat spektrum penuh fintech di Asia Tenggara. Perniagaan Boost diselaraskan kepada empat jenama utama:
Boost Life Platform eDompet pengguna yang dilancarkan pada tahun 2017, memfokuskan kepada penawaran gaya hidup pengguna seperti pembayaran runcit dalam dan luar talian, pembayaran bil, insurans dan pengangkutan & kes penggunaan transit dengan ciri-ciri baharu yang selalu diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Boost Biz Platform untuk para peniaga yang menawarkan solusi perniagaan melangkaui pembayaran untuk perusahaan pelbagai saiz, melalui alat perniagaan layan diri dan solusi digitalisasi.
Boost Credit Sebelum ini dikenali sebagai Aspirasi, ia menempatkan perniagaan pembiayaan mikro & insurans mikro dan merupakan perintis pembiayaan Alternatif Digital di Malaysia dan Indonesia. Boost Credit juga merupakan pembiaya secara digital sepenuhnya pertama di Asia Tenggara yang memperoleh penarafan gred pelaburan A1 daripada RAM Ratings untuk tranche pertama Nota Jangka Masa Sederhana (MTN) Senior Kelas A, kategori pembiayaan belum terima disekuritikan.
Boost Connect Sebelum ini dikenali sebagai Apigate, ia merupakan perniagaan pengewangan digital dan penyedia ekosistem platform pembayaran pertumbuhan pelanggan yang menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif.