9 pelajar sekolah menengah didakwa cederakan rakan

  • September 19, 2022
  • 1 min read
9 pelajar sekolah menengah didakwa cederakan rakan

CHUKAI: Sembilan pelajar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman, atas tuduhan mendatangkan kecederaan kepada tiga rakan mereka di asrama sekolah pada 23 Ogos lalu, hari ini.

Pendakwaan dibuat atas sebab mendatangkan kecederaan kepada ketiga-tiga mangsa yang berumur 15 tahun dengan perbuatan menumbuk dan menyepak di asrama sekolah terbabit pada 11.30 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau Kedua-duanya sekali. Tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Kesemua tertuduh diwakili peguam Akmal Wahidah Abd Halim manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azahani Azman.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kesemua tertuduh dikenakan jaminan di antara RM2,000 hingga RM5,500 dan menetapkan 12 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *