Duta Besar Sweden berpengkalan di Kuala Lumpur mesti dipanggil Wisma Putra untuk memberi jawapan perbuatan terkutuk membakar Al Quran oleh pemimpin Sweden, Rasmus Paludan.
Untuk sekalian kalinya perbuatan sebegini berlaku. Lupakah kita bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW dipermainkan oleh kartunis antarabangsa dulu? Adakah kita sebagai Negara yang agama rasminya Islam masih berdiam diri cukup sekadar melaung retorik politik menegur sahaja tanpa membuat suatu yang konkrit.
Pejuang Muda berpegang pada menghormati hak keagamaan dikalangan masyarakat terbanyak namun tidak akan sesekali berkompromi apabila anasir-anasir jahat cuba mempersenda Al Quran, As Sunnah serta Agama.
Kebebasan beragama serta mengamal apa-apa amalan mana-mana Agama itu mestilah berdasar undang- undang di Malaysia. Undang-undang antarabangsa juga menjamin kebebasan bukan sahaja bersuara tetapi beragama dan menganut agama. Ini jelas melalui Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.
Sebaik sahaja insiden ini berlaku, Malaysia telah mengutuk perbuatan ini. Tetapi kini tiba masa Wisma Putra bertindak lebih tegas.
Satu Nota Bantahan harus diutus pada Duta Sweden dan penjelasan diberikan oleh Duta Sweden. Negara kita mesti dilihat tidak akan berkompromi pada isu ini.
Pejuang Muda sekali lagi menegaskan tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan kebencian serta permusuhan terhadap Islam dan penganutnya. Ini seperti mana firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatinya
di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang
menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka
sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”
Komen (0)