Duta Besar Sweden di Kuala Lumpur dipanggil Wisma Putra untuk memberi jawapan perbuatan membakar Al Quran oleh pemimpin Sweden.
- Duta Besar Sweden berpengkalan di Kuala Lumpur mesti dipanggil Wisma Putra untuk memberi jawapan
perbuatan terkutuk membakar Al Quran oleh pemimpin Sweden, Rasmus Paludan. - Untuk sekalian kalinya perbuatan sebegini berlaku. Lupakah kita bagaimana Baginda Nabi Muhammad
SAW dipermainkan oleh kartunis antarabangsa dulu? Adakah kita sebagai Negara yang agama rasminya
Islam masih berdiam diri cukup sekadar melaung retorik politik menegur sahaja tanpa membuat suatu
yang konkrit. - Pejuang Muda berpegang pada menghormati hak keagamaan dikalangan masyarakat terbanyak namun
tidak akan sesekali berkompromi apabila anasir-anasir jahat cuba mempersenda Al Quran, As Sunnah
serta Agama. - Kebebasan beragama serta mengamal apa-apa amalan mana-mana Agama itu mestilah berdasar undang-
undang di Malaysia. Undang-undang antarabangsa juga menjamin kebebasan bukan sahaja bersuara
tetapi beragama dan menganut agama. Ini jelas melalui Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia
Sejagat 1948. - Sebaik sahaja insiden ini berlaku, Malaysia telah mengutuk perbuatan ini. Tetapi kini tiba masa Wisma
Putra bertindak lebih tegas. - Satu Nota Bantahan harus diutus pada Duta Sweden dan penjelasan diberikan oleh Duta Sweden. Negara
kita mesti dilihat tidak akan berkompromi pada isu ini. - Pejuang Muda sekali lagi menegaskan tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana pihak yang sengaja
mencetuskan kebencian serta permusuhan terhadap Islam dan penganutnya. Ini seperti mana firman
Allah SWT di dalam Al-Quran:
- Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatinya
- di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang
- menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka
- sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.”
- (Surah al-Ahzab: 57-58)
- NUR SULAIMAN ZOLKAPLI
- EXCO AGAMA & DAKWAH PEJUANG MUDA MALAYSIA