Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Decathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan Negara

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

HARIZ FAYAHET SERLAHKAN VOKAL MENERUSI ‘SINAR SUNYI’

Petaling Jaya, 20 Januari 2024 – Hariz Fayahet telah menceburkan diri dalam bidang seni muzik sejak 2015 dan terkenal dengan membawakan lagu-lagu OST bagi drama-drama terbitan TV3. Terbaharu, lagu
‘Sinar Sunyi’ telah berkumandang sebagai lagu runut kepada drama slot Samarinda ‘Menanti Senja’ pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam bermula semalam.

Lagu ‘Sinar Sunyi’ telah berkumandang di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, Tidal dan Deezer sejak 2 Januari lalu. Lirik lagu ini berkisarkan tentang memori percintaan sepasang kekasih yang telah melalui pelbagai cabaran dan tentangan daripada orang sekeliling. Mereka cuba mempertahankan hubungan cinta mereka dan percaya sinar sunyi yang dihadapi mereka pasti akan bertukar menjadi sinar bahagia buat selamanya.

Kehadiran penerbit drama ‘Menanti Senja’ iaitu Hariff Ahamat, di studio rakaman telah memberi semangat kepada Hariz Fayahet untuk menghayati lagu ini. Lirik dan alunan melodi ‘Sinar Sunyi’ hasil karya Omar K,
Iqie Hugh dan Shazriq Azeman mengambil masa 3 hari dan diinspirasikan melalui plot drama serta karektor pelakon yang membintangi drama ini.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *