Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Awas Scam mesej melalui E-mel menggunakan identiti pemimpin negara atau ketua organisasi ataupun syarikat

Semasa Wan Norihan Razak 0 bacaan 0 komen

CYBERJAYA, 4 Jun 2022 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati jika menerima emel yang menggunakan profil (nama dan gambar) pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat yang memberikan arahan di luar daripada kebiasaan.

Sebarang komunikasi yang diterima luar daripada kebiasaan perlulah disemak dan ditentukan kesahihannya dan tidak dikongsikan dengan mana-mana pihak. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa kepada aktiviti yang berniat jahat dan berunsur penipuan.

Penyebaran kandungan palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Peringatan ini dikeluarkan hasil daripada aduan yang diterima dari orang ramai di mana terdapat e-mel yang tidak ditentusahkan telah ditangkap layar dan disebarkan melalui aplikasi pemesejan dalam talian.Orang ramai diingatkan untuk membuat semakan dengan pihak yang terlibat (pihak yang profil atau identitinya digunakan) dan jangan sebarkan sebarang kandungan yang mencurigakan bagi mengelak kekeliruan umum.

Laporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya telah dipastikankandungan e-mel tersebut tidak benar atau palsu, bagi memudahkan tindakan sewajarnya diambil.Sekiranya ada menerima e-mel yang mencurigakan, sertakan email headerbagi e-mel tersebut semasa mengemukakan laporan kepada pihak polis. Orang ramai juga boleh membantu memberhentikan penyebaran e-meltersebut dengan melaporkan penyalahgunaan e-mel kepada penyedia perkhidmatan e-mel seperti Gmail atau Yahoo! Mail di pautan berikut:

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *