Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Kebakaran Menara Komunikasi di Bukit Bunga, Serting Tengah, Negeri Sembilan: Kerja baik pulih rangkaian Komunikasi terjejas sedang dijalankan

Teknologi Alias Abu Bakar 0 bacaan 0 komen

CYBERJAYA3 Jun 2022- Satu insiden kebakaran telah berlaku melibatkan menara komunikasi di Bukit Bunga, Serting Tengah, Negeri Sembilan.

Kejadian berlaku adalah sekitar jam 3.00 petang pada hari Sabtu, 28 Mei 2022 lalu melibatkan sebuah menara komunikasi milik pihak Maxis yang diguna sama oleh pihak Maxis, Celcom, Digi, dan U-Mobile.Kebakaran tersebut telah memusnahkan kelengkapan dan kabel yang berada pada struktur menara dan punca kebakaran di menara komunikasi berkenaan masih dalam siasatan pihak Bomba.

Kemusnahan pada struktur menara ini juga mengakibatkan gangguan perkhidmatan di beberapa buah menara yang bersambungan iaitu di Felda Pasoh 3 dan Kampung Padang Lebar.Sehubungan itu, semua penyedia perkhidmatan di menara tersebut telah melaksanakan solusi interim dengan mengaktifkan Mobile Communication Vehicle (MCV) dan Portable Base Transceiver Station(pBTS) ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan sehingga kerja-kerja baik pulih siap sepenuhnya.

JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT MCMC

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *