Bantuan zakat bernilai RM 100,000 kepada usahawan- usahawan asnaf – Tan Sri Noh Omar

  • August 28, 2022
  • 2 min read
Bantuan zakat bernilai RM 100,000 kepada usahawan- usahawan asnaf – Tan Sri Noh Omar

KUALA LUMPUR: Karnival Usha Niaga Keluarga Malaysia kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersama UDA Holdings telah berlangsung bertempat di Odeon Walk, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, empat usahawan asnaf telah menerima zakat dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui UDA Holdings telah menerima cek yang bernilai RM 5,000 dengan peruntukan RM 100,000 untuk diagihkan kepada usahawan-usahawan asnaf terpilih.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, ini adalah salah satu cara untuk membantu para usahawan asnaf yang kurang berkemampuan serta golongan B40.

“KUSKOP telah membantu usahawan-usahawan kecil dan mikro melebihi sasaran awal iaitu cecah 600 ribu usahawan disebalik sasaran awal 140 ribu usahawan.

Penerima Zakat Asnaf

Penerima zakat, Rahimah bt Mohd Johari, Usahawan Jus Kunyit dan Aksesori berkata, saya banyak berterima kasih kepada Tan Sri Noh Omar, dimana beliau banyak membantu usahawanita asnaf dan bukan asnaf.

“Saya sangat terkejut kerana terpilih menerima sumbangan dan rasa sangat berterima kasih kepada kerajaan, KUSKOP dan UDA Holdings dalam membantu saya sebagai usahawan kecil, karnival ini juga amat membantu kami dengan menyediakan ruang niaga secara percuma.

Usahawan Asnaf Lukisan

Penerima zakat kedua, Pak Deni berkata, saya sangat berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Tan Sri Noh Omar yang mengambil inisiatif yang sangat baik ini dalam membantu usahawan-usahawan kecil seperti kami.

“Sekurang-kurangnya wang ini dapat membantu saya membeli modal bahan lukisan yang akan saya gunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan saya.

Penerima zakat ketiga, merupakan usahawan perniagaan kecil-kecilan melakukan perniagaan jualan bantal lena dan makanan.

“Syukur Alhamdulilah, diatas usaha pihak UDA Holdings dibawah Kementerian Tan Sri Noh Omar, saya amat bersyukur atas usaha untuk membantu peniaga kecil seperti kami.

Usha Niaga adalah salah satu inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan melalui UDA Holdings yang mengumpulkan 100 usahawan setiap lokasi dan agensi yang bertanggungjawab dalam keusahawanan.

Inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan telah menyediakan ruang perniagaan dan sesi padanan perniagaan di lima lokasi termasuk Pulau Pinang, Kuantan, Perak dan Johor. – UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *