Buffet Ramadan Mama Adieq Cafe: Menyulam Rasa Kedah, Menganyam Rezeki dan Amal pada Harga RM29.90

KUALA LUMPUR – Tatkala matahari perlahan-lahan mengucup ufuk senja dan azan Maghrib dinanti dengan penuh syahdu, Mama Adieq Cafe mengajak orang ramai menikmati Ramadan dengan cara yang lebih bermakna — bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi menyentuh jiwa.

Pemilik restoran yang dikenali dengan panggilan mesra Mama ketika ditemui mengumumkan majlis Buffet Ramadan 2026 ini akan berlangsung sepanjang bulan ramadhan, beliau walaupun sibuk menguruskan makanan namun sempat beramah mesra, turut meriahkan majlis selebriti Chef yang semakin terkenal dengan makanan warisan Chef Yang Jamil.

Mama Adieq Cafe mempersembahkan lebih 30 hidangan autentik masakan Kedah dan utara tanah air pada harga yang cukup mesra poket, RM29.90 seorang — satu tawaran yang bukan sahaja mengundang selera, malah sarat dengan nilai kebersamaan dan keikhlasan.

Khaty Azian jaguh bicara, jenakanya menggamit suasana
Chef selebriti peranan beliau membuatkan majlis ceria
Bergaya sakan Chef chef ni, glamor

Restoran Cafe ini terletak di 56, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, restoran ini mengangkat konsep “berbuka sambil beramal”, di mana RM0.90 daripada setiap pembelian buffet akan disalurkan kepada rumah anak yatim terpilih. Setiap suapan bukan sahaja membawa rasa, tetapi juga doa dan harapan untuk mereka yang memerlukan.

Lebih istimewa, dapur Mama Adieq Cafe digerakkan oleh chef-chef asal Kedah, yang memasak bukan sekadar mengikut resipi, tetapi berbekalkan ingatan, tradisi dan rasa yang dibesarkan sejak kecil.

“Ini memang makanan orang Kedah, orang utara. Masakan tradisi kami sendiri, dimasak oleh orang Kedah. Rasa dia jujur, pekat dan berbaloi,” ujar Mama

Deretan hidangan yang terhidang seolah-olah membawa pengunjung merentas sawah dan kampung halaman — kari daging yang kaya rempah, ayam masak lemak berlemak santan, daging masak sambal yang membangkitkan selera, sambal telur, serta pelbagai menu berkuah dan kering yang bertukar setiap hari, menjanjikan pengalaman berbuka yang tidak pernah sama.

Paling mencuri tumpuan ialah menu-menu yang jarang ditemui, malah dianggap rare untuk buffet bajet — mi kuah udang, mi kuah ketam, di samping mi goreng Singapura, laksa, mi bandung dan mi udang. Hidangan ini menjadikan setiap kunjungan satu penemuan rasa yang dinanti-nantikan.

Tidak dilupakan, meja pencuci mulut turut dihiasi kuih-muih tradisional, manisan klasik yang mengubat rindu, serta empat jenis air balang setiap hari yang berubah mengikut jadual — menyegarkan tekak selepas seharian berpuasa.

Buffet Ramadan Mama Adieq Cafe dibuka setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 12.30 tengah hari hingga 2.00 pagi, memberi ruang bukan sahaja untuk berbuka, malah bagi mereka yang ingin menikmati juadah sahur dalam suasana santai.

Dengan harga mampu milik, pilihan menu yang melimpah dan sentuhan kebajikan, buffet ini menjadi pilihan ideal untuk keluarga, rakan-rakan, warga emas, malah syarikat dan komuniti yang mahu meraikan iftar secara sederhana tetapi penuh makna.

“RM29 sahaja untuk lebih 30 hidangan. Makan puas, hati pun tenang sebab kita turut beramal,” kata pihak pengurusan.
Bagi yang ingin merasai sendiri kehangatan rasa dan keberkatan Ramadan ini, tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 018-324 6034.

Buffet Ramadan Mama Adieq bukan sekadar tempat berbuka puasa, tetapi sebuah perjalanan rasa — menyatukan tradisi, keikhlasan dan kasih sesama insan, dalam setiap hidangan yang terhidang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *