DBKL beri kebenaran perniagaan beroperasi berdasarkan arahan MKN

  • June 11, 2021
  • 1 min read
DBKL beri kebenaran perniagaan beroperasi berdasarkan arahan MKN

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ingin merujuk kenyataan oleh Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok dalam media atas talian pada 9 Jun 2021 yang menyatakan bahawa pihak DBKL mengamalkan dasar pilih kasih dalam membenarkan aktiviti perniagaan di WPKL dalam tempoh Sekatan Kawalan Pergerakan (lockdown).


Dimaklumkan bahawa sebarang kebenaran untuk perniagaan beroperasi tertakluk kepada keputusan / arahan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pasar pagi terbuka adalah sama seperti pasar malam / pasar tani yang tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk beroperasi.

Setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Sehingga kini pihak DBKL telah membuat pemantauan di lokasi-lokasi tersebut dan sejumlah 22 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap premis yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan. – UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *