Ehsan Group of Companies Anjurkan Ihya Ramadhan ke-32, Raikan 1,000 Tetamu Berbuka Puasa.

  • March 16, 2025
  • 2 min read
Ehsan Group of Companies Anjurkan Ihya Ramadhan ke-32, Raikan 1,000 Tetamu Berbuka Puasa.

KAJANG, 15 Mac – Ehsan Group of Companies meneruskan tradisi tahunan mereka dengan menganjurkan program Ihya Ramadhan, yang kini memasuki tahun ke-32 penganjurannya. Majlis berbuka puasa yang berlangsung di Dewan Masjid India, Kajang, hari ini telah meraikan seramai 1,000 tetamu, termasuk golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, serta keluarga kurang berkemampuan.

Selain berbuka puasa bersama, syarikat itu turut menyumbangkan bantuan kepada 500 penerima dalam bentuk barangan keperluan asas dan bantuan kewangan. Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan Group of Companies, YBHG Dato Hj Abdul Hamid yang turut hadir dalam majlis tersebut, menyatakan bahawa program ini semakin mendapat sambutan dan manfaatnya diperluaskan setiap tahun.

“Alhamdulillah, tahun ini kami dapat mengagihkan bantuan kepada seramai 3,500 orang di seluruh Malaysia. Untuk majlis di Kajang ini sahaja, sebanyak 500 penerima menerima sumbangan. Kehadiran hari ini pula mencecah 1,100 orang,” katanya.

Senarai penerima manfaat tahun ini termasuk:

Rumah Amal Peribadi Mulia – 35 orang
Rumah Kebajikan dan Bimbingan Al-Taqwa – 21 orang Baitul Barokah Ummu Qura – 12 orang Madrasah Tahfiz Deeniyat Lil Ummah – 13 orang
Maahad Tahfiz Al-Maghfirah (MATAM) – 21 orang

Menurut beliau, program Ihya Ramadhan ini diadakan di seluruh negara, dengan tumpuan utama kepada kawasan luar bandar yang sering terpinggir daripada bantuan.

“Kebanyakan syarikat korporat menumpukan bantuan mereka di satu lokasi atau kawasan bandar besar sahaja. Berbeza dengan Ehsan Group, kami turun ke kawasan pedalaman, seperti minggu hadapan kami akan ke Felda Palong, Negeri Sembilan, yang memerlukan perjalanan lebih tiga jam,” jelasnya.

Bantuan yang diberikan bukan sekadar wang tunai, tetapi juga barangan keperluan seperti beras dan bahan makanan asas. Beliau turut menekankan kepentingan mendidik masyarakat agar bukan sekadar menjadi penerima, tetapi mampu memberi bantuan kepada orang lain pada masa hadapan.

“Dalam negara kita, kita tidak boleh hanya meminta. Seboleh-bolehnya, kita perlu berusaha untuk memberi pula. Kita perlu mendidik anak-anak agar satu hari nanti mereka juga mampu menunaikan zakat dan membantu golongan yang memerlukan,” tambahnya.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dijadualkan berlangsung sepanjang bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti di beberapa negeri. Ehsan Group of Companies berharap usaha mereka ini dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan dan membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.
Untuk terus menyokong misi kebajikan Ehsan Group, layari:
🌐 Laman Rasmi: www.ehsanproperty.com
📌 Facebook: Ehsan Plant & Property Sdn Bhd
📸 Instagram: @ehsan_property

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *