Monday, 9 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Pemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan NegaraFirdaus Wong Duta Kembara Al-Haramain, Misi Lahirkan Da’i dan Pendakwah Pelapis

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Episod pertama Lagu Cinta Kita musim ketiga raih lebih 3 juta penonton!

Hiburan Alias Abu Bakar 0 bacaan 0 komen


Petaling Jaya, 3 November 2021 – Lagu Cinta Kita Musim Ketiga telah membuka tirai dengan episod
pertama pada hari Ahad lalu (31 Oktober 2021), dan berjaya meraih lebih 3 juta penonton (sumber:
Nielsen).

Siaran langsung yang bermula dari 9.00 malam hingga 10.30 malam itu telah dimulakan dengan
persembahan lagu ‘Tentang Kita’ daripada juara Lagu Cinta Kita Musim Kedua, Nadeera dan Khareez.


Pada episod pertama ini, lima pasangan duet diperkenalkan untuk mewarnai pentas Lagu Cinta Kita Musim
Ketiga. Namun, Ain Edruce dan Kamal Adli selaku pengacara terpaksa mengumumkan hanya tiga
pasangan yang berjaya mara ke pusingan seterusnya, iaitu Kay & Ika (Terlukis Indah), Hariz & Wanie
(Senja Nan Merah) dan Azumi & Nyna (Memori Berkasih). Manakala perjalanan Shaszdan & Xantia (Leave
The Door Open) dan Dean & Amanda (Haram) terpaksa berhenti di situ.


Di pusingan awal, 20 peserta dipadankan kepada 10 pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di
awal persembahan, mereka akan menyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian
daripada juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu supaya pentas mereka dicantumkan dan mara ke pusingan
seterusnya. Penilaian persembahan terletak sepenuhnya pada panel juri.


Lagu Cinta Kita Musim Ketiga diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena
Binti Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Bin Saharudin sebagai penerbit.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *