Jualan Anjung Syawal (FRP2024) menawarkan elemen budaya Timur Tengah dengan tema ‘1001 Warna Lebaran’ buat pengunjung

  • March 5, 2024
  • 2 min read
Jualan Anjung Syawal (FRP2024) menawarkan elemen budaya Timur Tengah dengan tema ‘1001 Warna Lebaran’ buat pengunjung

PUTRAJAYA: Festival Ramadan Putrajaya 2024 (FRP2024) bakal dimeriahkan lebih hampir seribu peniaga di lima lokasi bazar ramadan (12 Mac hingga 9 April 2024) dan satu lokasi Bazar Mega Aidilfitri yang akan bermula pada 8 Mac hingga 9 April 2024.

FRP 2024 terbahagi kepada lima komponen utama iaitu Bazar Ramadan, Anjung Syawal, Kiblat Walk, Laman Iftar dan Food Truck Ramadan dengan tema Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran.

Jualan Mega Aidilfitri sempena FRP2024 dikenali sebagai Jualan Anjung Syawal Bertempat di Dataran Anjung Syawal, Presint 3 Putrajaya dianjurkan dengan kerjasama Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd menyuntik kelainan elemen Timur Tengah bagi memberikan suasana menarik buat pengunjung.

Menurut Pengarah Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd, Encik Shahrul Musa, Jualan Anjung Syawal dengan tema 1001 warna lebaran diilhamkan oleh budaya Timur Tengah.

“Konsep ini membawa pengunjung menikmati suasana yang memikat dari budaya Timur Tengah yang kaya dengan sejarah, seni dan tradisi. Elemen dan konsep ini juga diyakini dapat menambah kemeriahan dalam menyambut Ramadan dan lebaran di FRP 2024,” katanya.

Menurut Encik Shahrul, Jualan Anjung Syawal juga menyediakan Healing Station buat keselesaan dan kemudahan pengunjung dengan penyediaan ‘marquee tent’ terpanjang di Malaysia yang menyasarkan kehadiran lebih 800,000 orang pengunjung.

“Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan oleh Perbadanan Putrajaya(PPj) dalam meneruskan Jualan Anjung Syawal buat kali kedua dan berterima kasih kepada penaja iaitu Quaker dan Minaz serta rakan strategik untuk memeriahkan lagi festival seperti Rantai Arts, Tempatan Fest dan Semboyan Malaysia,” katanya pada sidang media FRP 2024 di Hotel Mercure Putrajaya hari ini.

Selain itu, pengunjung yang hadir ke Jualan Anjung Syawal juga berpeluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti mingguan dengan tema yang berlainan iaitu Kesenian (minggu pertama), Kecantikan (minggu kedua), Sukan (minggu ketiga) dan Islamik (minggu keempat).

FRP2024 juga akan berkolaborasi bersama platform gergasi media sosial, Tik Tok yang disediakan di FRP 2024 dengan menggunakan Tagline #kongsibersama dan #festivalramadanputrajaya.

Semua program akan turut disertai dan dimeriahkan dengan kehadiran ramai tetamu jemputan, vendor artis, persembahan selebriti popular tempatan, penceramah dan ramai lagi.

Untuk rekod, Festival Ramadan Putrajaya pada tahun 2023 telah menyaksikan jumlah kehadiran pengunjung mencecah seramai 600,000 orang.- UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *