Inisiatif yang bijak perlu diambil oleh pengendali tol agar masalah kesesakan semasa perayaan dapat dikurangkan.

  • April 30, 2022
  • 1 min read
Inisiatif yang bijak perlu diambil oleh pengendali tol agar masalah kesesakan semasa perayaan dapat dikurangkan.

Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw Lee berkata, tahun ini pula sudah masuk dua tahun kebanyakkan rakan-rakan Islam tidak balik beraya di kampung disebabkan pandemik Covid-19.

“Tetapi bagi saya 2 tahun tidak boleh dijadikan alasan mudah untuk membiarkan berlaku kesesakan.

“Seeloknya menambahkan lagi inisiatif untuk elak kesesakan seperti sediakan bayaran tol berkembar lebih banyak. Agar memudahkan kenderaan bergerak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, paling penting sediakan tandas tambahan di setiap perhentian serta ruang solat yang cukup.

Tambah beliau, penutupan satu lorang jalan yang bertentangan seperti yang digunakan di jalan-jalan Kuala Lumpur sebelum ini turut membantu mengurangkan kesesakan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Penerangan GERAKAN berkata, alasan kesesakan berlaku teruk disebabkan penambahan kenderaan tidak boleh diambil kira sepenuhnya tetapi pengurusan tol yang perlu diperbaiki segera.

Koo Shiaw Lee
Naib Presiden merangkap Ketua Penerangan GERAKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *