Keputusan PRN khususnya atas kemenangan besar BN
Oleh: Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN Wong Chia Zhen
Lokasi: Dewan Pulau Pinang Tingkat 4, Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Aik, Menara PGRM, 8, Jalan Ulu Pudu, Taman Pertama, 55300, Kuala Lumpur.
Saya meneliti beberapa analisis pasca PRN yang merungkaikan keputusan PRN khususnya atas kemenangan besar BN. Antara kesimpulannya peratusan keluar mengundi yang rendah, pengaliran undian Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional dan lain-lain. Tetapi yang luar daripada jangkaan, adalah jumlah undi yang diberi kepada BN hanya menunjukkan peningkatan sokongan pengundi sebanyak 0.5% berbanding dengan PRU14. Ini memperlihatkan kejayaan PRN mereka disumbangkan oleh faktor yang lain selain sokongan asal daripada penyokong BN.
Lebih-lebih lagi, walaupun PN secara keseluruhannya kalah, terdapat banyak kawasan yang mendapat lebih tinggi undian daripada Pakatan Harapan. Mungkin betul kata Setiausaha Agung DAP sekiranya peratus keluar mengundi tinggi, PH akan menang. Tetapi satu realiti yang beliau gagal melihat adalah, yang tidak keluar mengundi kebanyakannya mengundi kepada PH pada PRU14. Dengan kata lain, penyokong PH sendiri menidakkan mereka dengan tidak keluar mengundi.
BN mendapat sokongan daripada rakyat, parti komponen kita Bersatu mendapat 2 kerusi, iaitu kekal kerusi yang dapat pada PRU14, Pakatan Harapan pula jelas ditolak oleh rakyat. Persoalannya ini, di manakah kita Gerakan berada?
Semasa SDC Negeri Kedah berlangsung, saya pernah menyentuh tentang komitmen yang diperlukan oleh kita semua untuk bersatu dengan mengetepikan perbezaan peribadi. Sebelum ini jikalau ada perselisihan antara sayap, antara bahagian, antara team, antara macam2, tolong mengutamakan agenda parti dahulu. Sekiranya kita masih tidak mengubah sikap terhadap politik dalaman, kita tidak dapat kenalpasti sama ada kelemahan itu datang dari luar atau dalam.
Saya ingin menekankan bahawa keutuhan parti bergantung kepada kita dan ianya salah satu faktor yang paling penting untuk memenangi pilihanraya. Bersatu teguh bercerai roboh.