Kerajaan negeri serta jabatan dan agensi kerajaan perlu membuat pemantau rapi terhadap punca bajir kilat itu berlaku
25 MEI 2022 – Kerajaan negeri mengambil serius kejadian banjir kilat yang berlaku di hadapan Skudai Prade menghala ke Senai semalam.
Beliau berkata, kerajaan negeri serta jabatan dan agensi kerajaan perlu membuat pemantau rapi terhadap punca bajir kilat itu berlaku.
Menurut Koo kejadian banjir kilat ini kerap berlaku dan ia sudah terjadi sebelum Pilihan Raya Negeri lalu.
“Jadi apakah tindakan kerajaan negeri yang baharu. Untuk menyelesaikan masalah ini?
“Sekarang rakyat Malaysia terbeban dengan harga bahan mentah naik mendadak. Saya tidak mahu rakyat Malaysia terbeban lagi dengan masalah banjir pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Penerangan GERAKAN menyeru kepada pasukan keselamatan terus meningkatkan pemantauan dan membuat penambahan dari segi persediaan anggota di seluruh negeri.
Pada masa yang sama, Koo berkata, kini GERAKAN Johor sedang menjalankan program sumbangan kipas kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.
Bantuan ini serba sedikit dapat membantu mereka dalam keadaan cuaca tidak menentu di Johor sekarang. Setakat fasa pertama beliau sudah menyumbang 100 kipas angin berdiri dan akan diteruskan ke fasa dua.
Koo Shiaw Lee
Naib Presiden merangkap
Ketua Penerangan Parti Gerakan