Kolaborasi YEPB, TM bakal wujud 5,000 peluang pekerjaan menerusi Program Kerjaya Jendela

  • August 19, 2022
  • 2 min read
Kolaborasi YEPB, TM bakal wujud 5,000 peluang pekerjaan menerusi Program Kerjaya Jendela

PETALING JAYA, 18 Ogos 2022 – Memorandum Persefahaman antara Telekom Malaysia Berhad ™ dengan Yayasan Ekonomi Padang Besar (YEPB) dan Perjanjian Kerjasama antara YEPB dengan Ikhtiar Factoring Sdn Bhd bakal menyasarkan 5,000 peluang pekerjaan menerusi Program Kerjaya JENDELA YEPB.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, program kerjaya ini bakal meningkatkan banyak tenaga mahir dalam bidang telekomunikasi tempatan.

“YEPB melalui K-KOMM menjadi penyelaras kepada tenaga kerja mahir dalam bidang telekomunikasi serta gentian optik dalam projek fiber optik yang melatih warga kerja serta pensijilan kepada kontraktor bumiputera yang dilantik dalam kerja ‘fiberisation’ di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Selain itu, terdapat program vendor di bawah TM memberikan projek kepada syarikat bumiputera berkaitan gentian optik jalankan kerja-kerja di bawah JENDELA.

“Kolaborasi bersama Syarikat Telekom Malaysia Berhad menawarkan program bekerja sambil belajar dengan gaji antara RM1,800 sehingga RM4,000 sebulan.

“KKOM bakal meluaskan skim latihan seumpama ini bagi mengisi sebanyak 17,000 kekosongan dalam bidang perlindungan data peribadi,” katanya.

Terdahulu, MoU antara TM dan YEPB telah ditandatangani Naib Presiden Pelaksanaan dan Operasi Rangkaian dan Teknologi Kumpulan TM Ansahari Abdul Kududs dan Ketua Pegawai Eksekutif YEPB Aweena Mohd Arshad.

Perjanjian Kerjasama antara YEPB dengan ikhtiar Factoring Sdn Bhd pula telah ditandatangani oleh Aweena dan Pengarah Operasi Kredit Ikhtiar Factoring Sdn Bhd Khalaif Noor Roslizam. -UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *