(VIDEO) Peluang bekerja sambil belajar serta gaji sehingga RM4000 – Datuk Zahidi (K-KOMM)
PETALING JAYA, 18 OGOS – Sidang media Datuk Zahidi selepas menyaksikan Majlis menandatangani MOU antara TM dengan YEBP dan perjanjian kerjasama antara YEBP dengan Ikhtiar Factoring Sdn Bhd.
Kolaborasi bersama Syarikat Telekom Malaysia Berhad menawarkan program bekerja sambil belajar dengan gaji RM1,800 sehingga RM4,000 sebulan.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, inisiatif itu bagi menempatkan lebih banyak tenaga mahir dalam bidang telekomunikasi tempatan.
“YEPB melalui K-KOMM jadi penyelaras kepada projek fiber optik, antaranya kita melatih tenaga kerja mahir secara berperingkat dalam bidang telekomunikasi serta gentian optik.
“Di samping itu ada juga program vendor di bawah TM, memberi projek kepada syarikat bumiputera berkaitan gentian optik untuk jalankan kerja-kerja di bawah JENDELA,” katanya.