Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan “The Carnival of the Animals”

  • May 11, 2022
  • 1 min read
Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan “The Carnival of the Animals”


Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) akan mementaskan konsert orkestra simfoni “The
Carnival of the Animals” yang digubah oleh komposer Perancis, Camille Saint-Saens pada 3
& 4 Jun 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya.
“The Carnival of the Animals” bakal membawa penonton ke dalam kehidupan setiap haiwan
yang diwakili instrumen muzik berbeza untuk setiap satunya. Bermula dengan kerajaan
haiwan di daratan sehinggalah kepada kumpulan ikan dalam lautan, kita semua akan dapat
menikmati kisah kehidupan haiwan-haiwan tersebut di habitat semulajadi mereka dalam
bentuk muzikal.
Pementasan dalam segmen pertama ini pastinya akan menceriakan penonton melalui
pelbagai karektor haiwan dan persembahan khas yang akan dihasilkan oleh sand artist,
Bernice Wong.
Selain itu, OSK turut memainkan beberapa medley lagu kanak-kanak tempatan dalam
segmen kedua termasuk encore Overture Upin & Ipin sebagai penutup konsert.
Tiket konsert berharga RM20 dan RM50 boleh ditempah melalui laman sesawang rasmi
Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my.
Pembayaran tiket boleh dilaksanakan secara dalam talian menerusi platform JomPay pada
bila-bila masa atau secara tunai di Kaunter Box Office Istana Budaya yang akan dibuka
bermula 30 Mei 2022 pada waktu pejabat.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi Bahagian Pemasaran dan Pengurusan
Panggung Istana Budaya di talian 03 4026 5555.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *