Malaysia berdaya saing walaupun Indonesia batal larangan eksport Minyak Sawit

  • May 23, 2022
  • 2 min read
Malaysia berdaya saing walaupun Indonesia batal larangan eksport Minyak Sawit


Berkaitan langkah terbaru Indonesia, yang juga pengeluar minyak sawit terbesar
dunia, untuk menarik balik larangan eksport minyak sawit berkuatkuasa 23 Mei,
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) ingin mengingatkan
semua pengusaha kelapa sawit Malaysia – termasuk firma perladangan dan pekebun
kecil – supaya tenang dan tidak terlalu bimbang dengan perkembangan terkini.


Walaupun ada kemungkinan yang menyebabkan harga minyak sawit mentah (MSM)
terkesan, KPPK menjangkakan tidak akan ada penurunan harga yang mendadak
memandangkan pasaran menjangkakan bahawa larangan eksport ini hanya bersifat
sementara.
Penganalisis pasaran turut menjangkakan pengusaha minyak sawit Malaysia bakal
meraih faedah terbesar dalam jangka panjang kerana mereka mampu menjual MSM
pada harga tinggi, sekaligus meningkatkan margin keuntungan bagi pertengahan
kedua 2022, ditambah dengan pengeluaran yang lebih tinggi tahun ke tahun (y-o-y)
dan suku ke suku (q-o-q).


Walaupun penarikan larangan eksport memberi kelegaan besar kepada penanam
Indonesia, mereka sudah terlepas tempoh harga MSM yang tinggi (Februari-April
2022) apabila harga minyak sawit Indonesia didagangkan pada diskaun yang le

besar berbanding Malaysia, akibat dasar kawalan eksport yang telah di dilaksanakan
lewat Januari 2022.
KELEBIHAN BESAR
Dasar Indonesia boleh memberi manfaat kepada Malaysia sebagai pengeluar minyak
sawit kedua terbesar di dunia, memandangkan ini membolehkan Malaysia muncul
sebagai pembekal dominan ke India, yang merupakan pembeli utama minyak makan
dunia.


Cukai eksport Malaysia yang lebih rendah dan larangan eksport Indonesia mungkin
menyebabkan sumbangan eksport minyak sawit Indonesia ke India jatuh kepada 35%
pada tahun pemasaran semasa yang berakhir pada 31 Oktober, daripada lebih 75%
sedekad lalu, menurut anggaran daripada Solvent Extractors’ Association of India
(SEA), sebuah badan perdagangan minyak sayuran.
Dalam lima bulan pertama tahun pemasaran 2021/22, India membeli 1.47 juta tan
minyak sawit Malaysia berbanding 982,123 tan metrik tan dari Indonesia, berdasarkan
data yang dikumpulkan oleh SEA. Untuk Mei tahun ini, India dianggarkan mengimport
sekitar 570,000 tan minyak sawit, dengan 290,000 tan dari Malaysia dan 240,000 tan
dari Indonesia.
KPPK percaya bahawa harga MSM akan kekal pada paras tinggi, memandangkan
ketidaktentuan pengeluaran minyak bijian utama (seperti kacang soya, jagung, biji
serai dan biji bunga matahari) sama ada disebabkan oleh ketegangan geopolitik atau
cuaca yang tidak menentu.
Akhir sekali, walaupun Indonesia akan menyambung semula eksport minyak sawitnya
pada 23 Mei (Isnin) – hampir sebulan selepas mengenakan larangan pada 28 April –
masih terdapat kemungkinan perubahan polisi memandangkan harga minyak sawit di

pasaran domestik Indonesia masih belum turun ke tahap yang disasarkan (penarikan
balik larangan ini boleh mengakibatkan berulangnya kekurangan domestik di
Indonesia).


Memandangkan prospek jangka sederhana hingga panjang industri minyak sawit
Malaysia kekal cerah, KPPK ingin menyeru semua pengusaha kelapa sawit Malaysia
untuk berganding bahu dalam membantu menjayakan kempen Minyak Sawit Malaysia
Penuh Kebaikan yang bertujuan menentang pelbagai tanggapan salah berkenaan
minyak sawit Malaysia dalam memacu kejayaan komoditi ini di peringkat global.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *