Pengeluar baja terbesar ๐˜๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ๐˜๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜“๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ (IFFCO) mampu memberi impak yang positif kepada koperasi

  • May 23, 2022
  • 2 min read
Pengeluar baja terbesar ๐˜๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ๐˜๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜“๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ (IFFCO) mampu memberi impak yang positif kepada koperasi

23 MEI 2022 – Kerjasama antara ANGKASA dengan pengeluar baja terbesar di India iaitu ๐˜๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด ๐˜๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜“๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ (IFFCO) mampu memberi impak yang positif kepada koperasi yang terlibat secara langsung dalam Sektor Perladangan dan Sektor Pertanian.

Menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ๐˜ˆ๐˜š๐˜Œ๐˜ˆ๐˜• ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜–๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah, kerjasama tersebut akan tertumpu kepada mendapatkan bekalan baja nano pada harga yang berpatutan daripada koperasi terbesar di dunia itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai sesi kunjungan hormat Pengerusi IFFCO, Mr. Dileep Sanghani dan Pengurus Besarnya, Mr. Tarun Bhargava bertemu barisan kepimpinan ANGKASA di ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya hari ini (23 Mei 2022).

โ€œKunjungan hormat delegasi IFFCO menunjukkan keyakinan koperasi dari luar negara terhadap kemampuan ANGKASA dan barisan kepimpinannya dalam membangun dan menggerakkan perniagaan koperasi di negara ini,โ€ ujar Datuk Seri Dr. Abdul Fattah.

Tambah beliau, kerjasama yang akan dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) pada bulan Jun nanti akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua belah pihak dalam pelbagai bidang ekonomi.

Sementara itu, Mr. Dileep berkata, pihaknya melihat kepentingan untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan koperasi dari luar negara dalam dunia pasca pandemik sebagai antara usaha untuk kekal relevan di mata anggota dan masyarakat.

Beliau turut berharap agar kepimpinan ANGKASA dapat memberikan sokongan kepada beliau yang akan bertanding untuk jawatan Pengerusi ๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฐ-๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ˆ๐˜จ๐˜ณ๐˜ช๐˜ค๐˜ถ๐˜ญ๐˜ต๐˜ถ๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ ๐˜–๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (ICAO) pada ๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ (ICA) ๐˜Ž๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ & ๐˜Ž๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ญ๐˜บ di Seville, Sepanyol pada 20 Jun 2022.

Hadir sama ke sesi kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Datoโ€™ Haji Kamarudin Ismail; Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya dan Datoโ€™ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa serta Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *