‘MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI’TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

  • June 11, 2025
  • 2 min read
‘MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI’TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025 – ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ telah dipilih
sebagai tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM2025)
manakala logo yang sama tahun sebelumnya dikekalkan hingga tahun 2027.

Pengumuman dibuat hari ini sempena sidang media mingguan oleh Menteri
Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk
HKHM2025.

Konsep Malaysia MADANI, yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, menekankan prinsip pembangunan yang menyeluruh dan seimbang – antara kemajuan material dan pembangunan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat. Penekanan pada tema ‘Rakyat Disantuni’ pula menggambarkan keutamaan kerajaan dalam
memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.

Sambutan bulan kebangsaan akan dimulakan dengan penganjuran Majlis
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 yang akan diadakan
pada 27 Julai 2025 di Johor, diikuti dengan Acara Perbarisan dan Perarakan Hari
Kebangsaan 2025 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya seterusnya Sambutan Hari
Malaysia 2025 akan diraikan di Pulau Pinang pada 16 September 2025.

Sepanjang Bulan Kebangsaan, pelbagai pengisian program (sisipan) dan aktiviti akan
diadakan bagi menggelorakan semangat cintakan negara, antaranya Quran Hour,
Kira Detik Merdeka, 1Rumah 1Jalur Gemilang, Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

Pengisahan Kenegaraan @Kelab Malaysiaku, PENTARAMA Merdeka@HOHO,
Wayang Pacak Merdeka, RIUH Merdeka dan pelbagai lagi.

Portal rasmi Merdeka360 (https://www.merdeka360.my/web/) yang merupakan salah satu inisiatif mempromosikan HKHM2025 telah diberikan suntikan baharu dengan penambahan menu ‘Kalendar Acara’ yang memaparkan senarai program dan aktiviti HKHM 2025 di peringkat nasional, kementerian, negeri dan daerah. Maklumat lanjut berkenaan HKHM2025, termasuk panduan penggunaan logo rasmi juga boleh dirujuk di portal ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *