PARTI KEADILAN DAN NILAI ISLAM : MENOLAK DAKWAAN HADI AWANG

  • March 22, 2023
  • 2 min read
PARTI KEADILAN DAN NILAI ISLAM : MENOLAK DAKWAAN HADI AWANG


Mahasiswa Keadilan Malaysia melihat ucapan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang
menuduh Parti Keadilan Rakyat menentang Al-Quran adalah kenyataan berbahaya dan
boleh membawa kepada amalan takfir.
Ucapan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam Kongres
Khas Nasional 2023 menegaskan bahawa Islam sebagai agama ‘lengkap’ yang
mempunyai panduan berpolitik. Tambah beliau “kita dituntut berpolitik secara
beragama, kita bukan dituntut mempolitikkan agama”.
Maka jelaslah, KEADILAN tidak pernah menolak peranan, prinsip serta nilai agama Islam
dalam politik, siasah dan pentadbiran negara. Yang ditolak KEADILAN adalah sikap
mempolitikkan agama serta pembawaan Islam yang ekstrem dan untuk kepentingan
politik.
Antara contoh sikap mempolitikkan Islam adalah menuduh kerajaan kini akan
mengancam agama Islam, mencela penglibatan rakyat Malaysia yang bukan Islam
dalam pemerintahan, membela amalan rasuah dengan menyeleweng hujah agama,
mengeluarkan amanat yang menyebabkan takfir ke atas individu dan parti lain, serta
mengeluarkan justifikasi sendiri yang kononnya berlandaskan Islam dan boleh
menimbulkan kekeliruan.
Parti KEADILAN tidak pernah menolak Al-Quran bahkan pentadbiran Perdana Menteri
(PM) dan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah sejajar dengan intipati Al-
Quran dan As-Sunnah.

Buktinya:

  1. Gagasan Malaysia Madani adalah berasaskan konsep Sahifah Madinah yang
    menegakkan keadilan, ihsan dan tolong menolong masyarakat tanpa mengira
    kaum dan agama dalam mengangkat negara. Konsep ini telah lama digagaskan
    oleh ilmuwan Islam seperi Al-Farabi, Ibn Khaldun, Syed Muhammad Naquib al-
    Attas dan Rashid al-Ghannushi.
  2. Dasar PM mengutamakan percukaian kepada golongan mahakaya. Allah SWT
    berfirman “Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya
    (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah,
    untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-
    orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-
    orang kaya saja di antara kamu.” (Surah Hasyr ayat 7).
  3. Dasar-dasar Belanjawan Madani 2023 meletakkan Quran dan Hadis sebagai
    panduan dalam menegakkan prinsip pertanggungjawaban dan sistem nilai luhur.
  4. PM menegaskan segala idealisme & amalan yang boleh mengancam Islam tidak
    akan diterima di bawah pentadbirannya. Ini termasuk fahaman liberalisme,
    ekstremisme dan aktiviti LGBT.
  5. Peruntukan RM 1 bilion untuk wakaf Madani. Allah SWT berfirman “Kamu tidak
    sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
    sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
    Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah
    mengetahuinya. (Surah Ali Imran: 92).
  6. PM memfokuskan penoktahan kemiskinan tegar seperti mana semangat
    reformasi Mujaddid Islam iaitu khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *