Program Ibadah Korban Anjuran Persatuan Anggun Malaysia Berjaya Dilaksanakan
GOMBAK: Sempena sambutan perayaan Aidiladha, Persatuan Anggun Malaysia telah menganjurkan Program Ibadah Korban di Kampung Sungai Pusu, hari ini.
Kira-kira 20 orang penduduk kampung dan ahli-ahli persatuan Anggun Malaysia melibatkan diri secara gotong-royong dalam menjayakan program tersebut.
Program ibadah korban ini melibatkan seekor lembu yang mempunyai 7 orang penama dan diagihkan kepada golongan asnaf dan warga miskin bandar.
Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, YB Mohammad Hilman Idham berkata, program ini bertujuan untuk menyempurnakan ibadah korban selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan umat Islam
“Tanpa bantuan dan sokongan mereka, bagaimana saya ingin membantu kepada masyarakat setempat, kami sentiasa melaksanakan program kepada mana-mana NGO yang perlukan bantuan.
Menurut Pengerusi Persatuan Anggun Malaysia, Puan Norlaili binti Abd Rashid, program hari ini berjalan dengan lancar dan telah dihadiri oleh YB Hilman yang membantu dalam memberikan sumbangan pada hari ini.
“Anggun telah beroperasi selama 2 tahun dan bergerak aktif dalam membantu masyarakat terutamanya wanita dalam memajukan diri dari aspek ekonomi, sosial, kehidupan dan masyarakat.
“Buat masa ini, kami belum buka pendaftaran kepada kaum lelaki, namun ramai yang berminat kerana pertubuhan kami aktif, saya akan fikirkan kemudian tawaran itu…”
Tambah Norlaili, bercerita mengenai hari raya korban, sudah pastinya makna pengorbanan itu mempunyai maksud tersendiri terutamanya kaum wanita.
“Wanita banyak melakukan pengorbanan dalam hidup, dari segi masa, wang dan kehidupan untuk keluarga dan anak-anak demi mencari rezeki.
“Jadi Pertubuhan Anggun Malaysia sangat menghargai dan ingin menaik tarafkan kehidupan para wanita dengan memberikan segala bentuk bantuan kepada yang memerlukan.
“Terima kasih diucapkan kepada YB Hilman kerana telah membantu penduduk serta turun padang melihat dan menyembelih sendiri lembu terbabit serta sumbangan-sumbangan yang telah diberikan kepada penduduk-penduduk kampung.
Kepada yang ingin memberikan sumbangan kepada Persatuan Anggun Malaysia boleh menghubungi nombor telefon 011-30419345 (Puan Norlaili) dan Facebook Persatuan Anggun Malaysia untuk keterangan lanjut.-UTVMediaMsia