Program Pembudayaan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Kalangan Warga Ipoh

  • August 30, 2022
  • 1 min read

“PROGRAM PEMBUDAYAAN AMALAN PENGGUNAAN TONG SAMPAH DI KALANGAN WARGA IPOH”

6 Ogos 2022 (Sabtu) – Penyerahan Tong Sampah Beroda 120 Liter Secara Percuma Dari Rumah Ke Rumah di Taman Tasek Mewah merupakan Lokasi Serahan ke-26 yang melibatkan sebanyak 645 unit premis rumah kediaman.

YBhg. Clr. Tn. Haji Mohd Rafaad Bin Razalli, Ahli Majlis Zon 10 telah menyempurnakan Pelancaran Program. Turut hadir, En. Basharuddin Bin Ismail (Ketua Kampung Tersusun Tawas Tambahan), En. Mohd Azizi Bin Abdul Latif (Ketua Kampung Tawas Tambahan), En. Chahril Bin Acho (JPP Zon 10) dan Haji Jamaludin Bin Zakaria (JPKK Kampung Tawas Tambahan).

Tarikh edaran tong sampah adalah pada 6 dan 7 Ogos 2022 (Sabtu dan Ahad);

Risalah bertajuk “Penyediaan Tong Sampah Di Premis Perniagaan Dan Rumah Kediaman” turut diedarkan kepada setiap penerima tong dalam usaha berterusan MBI bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kaedah / cara membuang sampah dengan betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *